Sejenak di pagi hari

18 July 2010

Takut menyelubungi diri apabila memikirkan keputusan akan keluar di esok hari. Apakah aku dapat lulus dalam semua subjek ataupun tidak? Moga tangan yang menadah ke langit ini dimakbulkan. Moga doa dan harapan ibu bapa, profesor, doktor serta rakan-rakan didengariNya. Namun imtihan yang lepas memang mengajarku erti Sabar yang sebenarnya. Banyak dugaan yang menimpa yang hanya diriNya dapat memahami. Namun aku tabah menempuh segalanya kerana itu sahaja yang mampu aku lakukan. 

'Life must goes on' quote terkenal yang selalu kita guna. 

Ini sahaja tak cukup sebagai penguat semangat kita yang hampir lelah berjuang. Untuk menetapkan hati dalam meniti hari-hari yang mendatang amatlah susah. Setiap kali kita mudah untuk tersasar dari tujuan kita. Ada orang yang cukup kuat untuk menghadapinya dan ada yang mudah rebah apabila diuji dengan pelbagai rupa masalah. Setiap dari kata ada matlamat masing-masing. Namun untuk menuju ke matlamat itu ada banyak jalan yang boleh dipilih. Terlalu banyak sehinggakan ada jalan yang kita terpaksa tinggalkan dan ada yang kita tak sedari. Segala yang berlaku adalah qada' dan qadar dan Allah sahaja sebaik-baik penentu masa depan kita. Jadi disini letaknya Sabar dan Redho kita sebagai asas kepada apa yang bakal terjadi. 

Dekati diriNya walau di waktu senang apatah lagi di waktu kesusahan. 
Dia sentiasa mendengar kita dan Dia juga teman sepanjang hayat.
Percaya kepadaNya yang menulis masa hadapan.
Terimalah apa yang ditetapkanNya dengan baik.
Dan itu akan membawa kita dengan lebih KEJAYAAN.




0 comments:

Post a Comment