gambar hiasan |
Bermula dengan berlatar belakangkan suasana pekan kecil seperti yg dipaparkan melalui gambar di atas. Pembangunan yg semakin maju hari demi hari dan menempatkan ribuan penduduk yg berbilang kaum dengan majoriti beragama Islam. Kemudahan perbankan, pasaraya besar serta pelbagai lagi kemudahan telah memenuhi pekan ini pada 20 tahun yg lepas lagi. Terselit di celah2 kemajuan ini terdapat sebuah tusyen pengajian bagi pra-sekolah. Ramai kanak-kanak yg masih belum lagi menjejakkan kaki di bangku sekolah mengambil kesempatan utk mempelajari apa yg diperlukan sebagai persediaan.
Ibu : Azam hendak ke tusyen tak? Kat sana Azam bole belajar macam2. Ada banyak kawan2 kt sana.
Azam : nak nak naaak...jawab Azam yg masih lagi kecil, mentah dengan segala yg berlaku di sekitar.
Fikirannya hanya ingin berkawan dan gigih utk mempelajari sesuatu yg baru. Mana taknya duduk di rumah keseorangan je..Jadi di sini la masa utk Azam keluar dan bersuka ria dgn kwn2 baru.
Setelah mendaftarkan diri, Azam cepat mendapat rakan2 barunya di tusyen tersebut. Setiap hari merupakan hari yg baru yg menanti Azam utk belajar perkara yg baru. Azam adalah budak yg baik. Disukai oleh ramai tenaga pengajar di tusyen tu termasuklah cikgu Zali yg mengajar Azam subjek Matematik asas.
cikgu Zali : Azam sihat hari ni? Bersedia utk belajar yg baru? tnya cikgu Zali kpd Azam di hdpn kelas.
Azam : Ye cikgu. Azam nk belajar semuanya....... jawab Azam dengan cerianya..
Cikgu Zali antara cikgu yg suka memuji Azam. Guru-guru di situ melihat Azam merupakan seorang yg proaktif serta pandai bergaul mesra walaupun dgn org tua. Kebiasaannya tusyen bermula pagi dan berakhir sebelum waktu pejabat tutup iaitu lebih kurang pukul 4 pm. Pergi ke tusyen Azam bersama ayahnya maka balik dengan ibunya. Azam akan menanti ibunya di hadapan tusyen terbabit bersama-sama rakan yg lain. Selalunya Azam la org yg terakhir kerana terpaksa menunggu ibunya selesai kerja di pejabat dulu sblum bole pulang.
Ibu : Macam mana kelas anak ibu tadi? harini blaja apa?Pada suatu hari, Azam seperti biasa akan menunggu ketibaan ibunya setelah habis waktu kelas. Tapi pada hari tersebut cikgu Zali meminta Adam utk mengikutnya sebentar sebelum pulang. Azam hanya menurut perintah cikgunya itu. Dibawa Azam ke tingkat atas bangunan tersebut yg kosong terbengkalai masih belum berpenghuni. Pintu tersebut tidak berkunci maka cikgu Zali serta Azam sahaja yg berada di situ.
Azam : Harini blaja bnyk ibu. Tadi Azam dpt hafal sifir 9 dah. Cikgu Zali bagi bintang.... =)
Itulah gembiranya Azam serta anak-anak kecil yg lain bilamana mendapat kepujian dari cikgu2.
Azam : Kita di mana ni cikgu?
Cikgu Zali : Sementara tunggu ibu Azam, kita rehat la di sini dulu ye.
Azam yg tidak tahu menahu tentang niat cikgunya hanya mengikuti apa yg dicakapnya. Mereka duduk di tengah2 pejabat kosong itu dengan berlapikkan kadbod. Malang tidak berbau kepada Azam seorang yg masih kecil itu sebenarnya telah dicabul kehormatan oleh cikgunya itu. Baik hanya di depan tapi rupa-rupanya hatinya amat busuk. Tapi malang lagi bagi Azam kerana merasakan perkara itu hanyalah kebiasaan. Entah apa yg dibuat sehingga Azam hanya menuruti apa yg diinginkan cikgunya itu.
Kejadian ini berlaku selama beberapa kali sebelum mendapat pengetahuan ibu bapanya.
Azam : Ayah, Ibu. Azam tak nak pegi tusyen kt situ dah. Azam tak nak buat itu dengan cikgu Zali.
Ibu Ayah Azam yg pelik dengan tutur kata anaknya itu terus menyoal lagi hinggalah mendapat tahu perkara sebenar yg selama ini telah berlaku di belakang mereka. Dengan segera mungkin mereka telah melaporkan kejadian itu kepada pejabat polis berdekatan.
Setelah itu, Azam sudah tidak lagi menghadiri kelas di tusyen itu .Mengikut polis, pesalah terbabit telah ditangkap dan akan dijatuhkan hukuman. Azam yg merupakan seorang pelajar ceria dulunya sekarang hanya lebih berdiam diri.
* Untuk pengetahuan pembaca sekalian, cerita di atas adalah merupakan kisah benar yg penulis ketahui sendiri melalui Azam(bukan nama sebenar)
* Cikgu Zali(bukan nama sebenar) di atas juga bukanlah guru matematik tapi sebenarnya guru pengajian Islam dan tusyen itu juga adalah tempat pengajian Qiraat serta asas fardhu ain bagi kanak-kanak kecil.
* Moral daripada cerita ini, ingin penulis kongsikan supaya menjadi pedoman semua bahawa dunia sekarang kejadian yang buruk sebegini boleh berlaku diluar jangkaan kita. Apa yang boleh kita lakukan adalah bersikap lebih peka dan berhati-hati dgn segala perkara yg kita lakukan. Bukanlah utk menanamkan sifat takut tapi ramai di antara kita sekarang lebih merasakan diri berada di dalam keadaan yg senang lenang yg membuatkan kita leka dan hilang sifat pertahanan diri. Jadi diharapkan kisah benar ini membuka minda kalian. Sekian~
Sedikit perkongsian...
Oleh itu, biarkanlah mereka (wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatannya dan leka bermain-main (dalam dunianya), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan)!
(Mereka yang menentang Nabi Muhammad) tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, dan dalam keadaan mereka lalai leka dengan perkara-perkara keduniaan.
erkkk.... x sgka..