Sains di sebalik Sembelihan yang Halal

13 July 2010

1. Az-Zabaih ialah kata jamak zabihah yang bermakna binatang yang disembelih. Maksudnya ialah : Binatang yang disembelih mengikut lunas syarak dengan syarat-syarat tertentu dan ia adalah daripada binatang yang halal dimakan.

2. Syarat yang dimaksudkan terbahagi kepada tiga bahagian berkaitan dengan penyembelih, binatang yang disembelih dan alat sembelihan. Fokus diberi kepada binatang yang disembelih kali ini.

3. Tiga syarat berkaitan dengan binatang yang disembelih seperti berikut :
i. Haiwan itu mesti mempunyai hayat mustaqirrah. Maksud hayat mustaqirrah ialah haiwan itu tidak mengalami sakit atau cedera ataupun yang seumpamanya yang membawa kepada kematian.
ii. Putusnya urat halkum dan urat merih. Halkum ialah saluran pernafasan(trachea) dan urat merih ialah saluran makanan(eosophagus) Sekiranya masih belum putus salah satu dari keduanya walaupun sedikit, sembelihan itu tidak sah.
iii. Memotong dengan cepat sekaligus. Ini kerana kalau dilakukan dengan perlahan lalu haiwan itu menggelepar sebagaimana binatang yang disembelih sebelum semuanya selesai dipotong, maka terbatallah sembelihan dan ia tidak sah.
*info secara detail mengenai syarat-syarat sembelihan ini haruslah dirujuk kembali melalui rujukan yang lebih jelas untuk keterangan lanjut. Post ini hanyalah menceritakan secara ringkas definisi dan syarat-syarat sembelihan.

3. Moga penjelasan ringkas di atas cukup untuk menerangkan apa sebenarnya sains di sebalik keistimewaan sembelihan halal yang dipraktikkan oleh umat yang beragama Islam dan Yahudi ini. Sembelihan halal juga dikenali sebagai sembelihan ritual(ritual slaughter) bagi sesetengah pihak. 

4. Terdapat golongan tertentu yang diakui pakar dalam penjagaan haiwan mengatakan haiwan yang disembelih secara halal ini dianggap satu penyeksaan kepada haiwan tersebut. Mereka mengatakan kaedah elektrik lebih tinggi nilai kemanusiaan kepada sembelihan terbabit. 

5. Namun, kenyataan ini telah lama ditentang oleh cendekiawan lain dari kerabat mereka sendiri :
"Pada awal 1927, seorang saintis Jerman Bongart dengan pasukannya melakukan kajian menyeluruh tentang ritual pemotongan anak lembu dan mencapai kesimpulan bahawa jika sembelihan ritual dilakukan dengan betul, maka tidak ada kekejaman yang dijumpai."
"Sarjana lain Spoerri Eropah sampai ke sebuah keyakinan yang sama pada tahun 1964 ketika dia membuat kajian tentang sembelihan ritual sekitar 50 haiwan dalam makmal: sembelihan ritual tidak menunjukkan rasa sakit seperti pembunuhan dengan menggunakan  elektrik atau gas" 
6. Terbaru sekali terdapat penemuan saintifik yang menggunakan electroencephalogram(EEG) pemantauan fungsi otak dan electrocardiogram(EKG) monitoring fungsi jantung selama kedua-dua kaedah sembelihan.


7. Terbukti dalam kedua-dua kaedah ini
EEG - Perubahan secara jelas iaitu tiada gelombang otak yang terpapar menunjukkan bahawa haiwan itu telah mati setelah sembelihan halal yang sempurna.
ECG - hilang kesedaran bagi haiwan terbabit selepas disembelih dengan cara yang halal dimana frekuensi jantung yang meningkat secara mendadak kemudian menurun setelah sembelihan yang sempurna. Muscle cramp juga tidak berlaku pada haiwan terbabit.
8. Istimewanya sembelihan halal ini haruslah disedari ramai pihak kerana perkara ini penting bagi menghasilkan makanan yang sihat serta halal dari segi syarak baik untuk umat Islam mahupun agama lain.

Sources:







-Kitab Fikah Mazhab Syafie terbitan Pustaka Salam Sdn Bhd
-The Science Behind Halal Slaughter | Halal Media
-http://infidelsunite.typepad.com

0 comments:

Post a Comment