Amalan Elak Santau

28 July 2010
Santau atau juga dikenali sebagai tuju-tuju, merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin

Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman. Makanan seseorang itu ditaruh miang buluhkacaserbuk Ipohbisa besi, dan lain-lain.

Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darahpitampengsan dan meninggal dunia. Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa.

Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh.

Menurut kepercayaan juga, pengamal ilmu santau sukar atau tidak dapat zuriat disebabkan bisa santau yang diamalkan oleh mereka mampu membunuh zuriat yang dikandung oleh isteri mereka

Santau juga pernah disebut dalam Hikayat Abdullah.






Sebelum makan,
pusing sedikit pinggan dan baca


Jika terdapat racun santau,
insyaAllah pinggan itu akan pecah dengan izin Allah


Source:
-email

Penantian

22 July 2010

This day would be the day most of us waiting for(student Zaqaziq). Katanya result control keluar harini. Moga2 semua najjah(lulus) dengan cemerlang InsyaAllah. Walaupun banyak perancangan dah difikirkan semuanya tergendala disebabkan hati yang tak tenang menanti keputusan yang ditunggu-tunggu ni. Mungkin usaha gigih yang dilakukan masih tak cukup untuk memastikan secure dan lulus dalam setiap subjek. Kalau tak for sure dah ada kt Malaysia. (^_^) Papepun harapan yang tinggi menggunung dan tawakkal sebagai kepercayaan diletakkan dalam diri. Mak ayah dah menanti kepulangan. Tahun lepas tidak kesampaian nak beraya di Malaysia. Moga2 tahun ni kemeriahan raya dapat kembali kepada mak ayah. Itu sahaja harapan seorang anak kepada ibu bapanya. Keceriaan hati mak ayah memang difikirkan selalu. Tiada hadiah yang lebih bermakna selain memberi kesenangan kepada mereka dengan apa cara sekalipun. Akhiri post dengan lagu raya.. Bukannya nak mengabaikan tuntutan puasa. Tapi sebagai pengubat rindu bagi saya dan rakan-rakan di perantauan...


One of my favourite hari raya songs...


"Muntahlah atas tangan Amid."

20 July 2010
Semoga cerita begini sedikit sebanyak memberi kesedaran dan panduan..... .
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

"Muntahlah atas tangan Amid."

17 tahun dulu.


PETANG itu, di serambi rumah usang milik keluarga kami di Kuala Terengganu, saya duduk bersila berhadapan dengan adik bongsu, Amid atau nama sebenarnya Syed Mohammad Nazri Syed Bidin.

"Kenapa kau nak berhenti sekolah?"soal saya.

Amid menundukkan kepala dan membisu. Saya tidak puas hati. Sekali lagi saya ulang soalan yang sama.

"Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak. Amid nak jaga emak sampai akhir hayat," jawab Amid dengan lembut, tetapi tegas.

Saya tersentak mendengar jawapan Amid.

"isshhh. betul ke budak ni? Baru darjah enam, masa seronok budak-budak pun masih belum habis," hati saya berkata kata.

"Cakap betul-betul dengan abang. Kenapa tak nak sekolah? Ada budak jahat kacau ke?" pujuk saya lagi.


Saya tidak mahu Amid berhenti sekolah kerana tidak tahan dengan gangguan budak-budak nakal.

"Betul bang, Amid tak tipu. Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak. Nanti kalau Amid belajar pandai-pandai, kena duduk jauh dari mak. Amid tak nak tinggalkan mak," katanya separuh merayu.

Melihat kesungguhannya, saya jadi buntu. Nampak gayanya, Amid tidak bergurau.

"Betul ke ni?" soal saya masih tidak percaya.

"Betul," balas Amid pula tanpa ragu ragu.

"Suka hati adiklah," kata saya selepas lama termenung.Mendengar jawapan saya, Amid tersenyum lalu meminta izin untuk masuk ke dalam rumah.

Saya termenung di serambi. Kata kata Amid itu benar-benar memberi kesan terhadap jiwa saya. Kecil-kecil lagi sudah ada kesedaran mahu berbakti kepada emak.

Tetapi, peristiwa itu berlaku 17 tahun dulu. Kini Amid sudah dewasa, umur pun sudah mencecah 29 tahun.


Saya tidak lagi ragu-ragu terhadap Amid. Memang betul, Amid tidak mahu bersekolah dulu kerana mahu menjaga emak.


Amid tidak bergurau. Amid telah membuktikan kepada saya dan adik beradiknya yang lain, memang dia ikhlas mahu menjaga emak.

Memang tidak dapat dinafikan, di antara kami Sembilan beradik, Amidlah anak yang paling taat terhadap emak. Tingkah lakunya, tutor katanya, begitu tertib ketika bersama emak atau orang yang lebih tua darinya. Seumur hidup, saya dan adik-beradik lain tidak pernah melihat Amid bersikap atau bercakap kasar terhadap emak.

Apa saja keputusan atau kehendaknya, Amid akan merujuk kepada emak terlebih dahulu. Emaklah yang akan memutuskan. A kata emak, A jugalah katanya. Hitam kata emak, hitamlah kata Amid.
Saya sendiri, termasuk adik beradik lain tidak mampu untuk bersikap seperti Amid.

Pernah juga saya mengajak Amid bekerja di Kuala Lumpur mencari rezeki di sana, tetapi dia menolak.



Katanya, biarlah dia tinggal bersama emak.

"Kalau semua pergi, sapa nak jaga emak?
Sapa nak uruskan lembu kambing? Kakak?
Dia perempuan. Mana larat buat kerja yang berat-berat.
Lagipun takkan nak biarkan rumah ni tak ada lelaki?"


"Abang dan kakak pun dah ada keluarga masing-masing.Abang Usop dan Abang Mat pula dah duduk di KL. Jadi, biarlah Amid duduk di kampung aja. Kerja jaga kambing dan lembu pun tak apalah," kata Amid kepada saya.

Setiap kali saya mengajak, pasti jawapan Amid sama. Lama-kelamaan saya mengalah.

Kami adik-beradik sudah faham perangai Amid. Saya tahu, pasti Amid tidak akan setuju untuk ke Kuala Lumpur.


Amid dan emak bagaikan isi dengan kuku. Bagaikan satu nyawa. Tidak boleh berpisah. Dia lebih rela menjadi gembala lembu daripada meninggalkan emak yang sudah tua itu.

Bukan itu sahaja, dalam hal-hal makan minum pun, Amid tetap akan mendahulukan emak.


Sekiranya dia membawa pulang kuih-muih yang dibeli dari pekan, janganlah sesiapa sentuh, selagi emak tidak menjamah terlebih dulu.
Ada kalanya saya perasan, emak menjamah sikit makanan itu, semata-mata untuk menjaga hati Amid.

Jika Amid berkenan untuk membeli sesuatu barangan, dia tidak akan terus membelinya. Amid terlebih dulu akan pulang dan meminta izin emak untuk membeli barang tersebut.


Sekiranya emak mengizinkan, barulah dia beli barang itu. Jika tidak, dia tidak akan beli, biarpun barangan itu memang dia inginkan.

Ketika emak terlantar sakit dan hampir lumpuh, Amidlah yang menjaganya. Kami adik-beradik ketika itu benar-benar mengharapkan Amid sebagai anak lelaki untuk menjaga emak.


Maklumlah, kami di Kuala Lumpur. Tetapi Amid memang tidak mengecewakan kami.

Cerita emak kepada saya, setiap malam Amid akan tidur berdekatan emak di ruang tamu rumah tempat emak terbaring. Tidak pernah sekalipun dia tidur di biliknya selama emak terlantar.
Pantang terdengar emak bergerak Mau terbatuk di tengah malam buta, Amid pasti terjaga.


"Kenapa mak?
Mak nak buang air ke?
Lapar? Mak nak minum?"

Amid akan bertanya pada emak.

Sekiranya emak mahu buang air, Amid akan memapahnya ke bilik air.
Jika emak mahu minum, dia akan menyediakan minuman. Kalau emak pening, Amid akan memicit-micit kepala emak sehingga orang tua itu terlena.


Jika emak menggigil kesejukan, Amid akan menarik selimut menutupi tubuh emak daripada kedinginan malam.

Satu malam, cerita emak kepada saya lagi, ketika sedang berbaring, tiba-tiba dia berasa pening kepala. Lalu emak pun mengadu pada Amid yang sedang berbaring di sebelahnya.

Amid bingkas bangun lalu memicit micit kepala emak. Tiba-tiba, emak terasa nak muntah sangat-sangat.


Amid yang baru saja bangun untuk mengamhil besen, apabila melihatkan keadaan emak, membatalkan hasratnya ke dapur.
Amid segera berteleku dihadapan emak lalu menadah tangannya, meminta emak muntah di telapak tangannya.


Berlambak muntah emak di telapak tangan Amid. Tetapi, Amid sedikit pun tidak kisah atau berasa geli-geleman.

Apabila mendengar cerita emak, saya sendiri yang menitis air mata.

Memang, Amid sanggup berbuat apa sahaja untuk emaknya. Sehingga kini, apabila saya teringatkan peristiwa itu, air mata pasti bergenang.
Sebak hati saya apabila emak menceritakan bagaimana Amid melayannya ketika dia sedang terlantar sakit.

Pengorbanan Amid terhadap emak memang tidak mampu dilakukan oleh adik-beradik yang lain termasuk saya sendiri.


Di samping itu, Amid juga bertanggungjawab memberi makan lembu kambing sebanyak 30 ekor. Semuanya Amid laksanakan tanpa bersungut. Amid menjaga emak sehingga sembuh sepenuhnya.


Semenjak berhenti sekolah, sehingga ke usianya hampir mencecah 30-an, rutin hidup Amid tidak pernah berubah.

Pagi, Amid akan ke kebun dan selepas solat Zuhur, dia akan pulang untuk makan tengah hari.


Sementara menunggu petang menjelang, dia akan tidur sebentar melepaskan lelah.

Kemudian, selepas solat Asar, Amid akan keluar semula. Dia akan ke kebun yang jaraknya kira-kira dua kilometer dari rumah untuk memastikan lembu kambing yang sudah kekenyangan itu dimasukkan semula ke dalam kandang.

Begitulah kehidupan Amid seharian. Biarpun ketika Itu, usianya sudah cukup matang untuk mendirikan rumah tangga, namun dia langsung tidak terfikir ke arah itu.

Katanya pada saya, buat masa ini, cukuplah seorang wanita bergelar ibu di dalam hidupnya.


Khamis 7 Oktober 2004

AJAL dan maut di tangan Tuhan.

Tidak ada sesiapa yang mampu menolak ketentuan Ilahi. Saya sendiri tidak menyangka, hari itu, Amid akan meninggalkan kami buat selamanya.


Terlalu cepat rasanya Amid pergi terutama dalam usianya yang masih muda. Amid meninggal dipanah petir.

Ceritanya begini



Pada hari itu, selepas pulang dari kebun menghantar emak ke rumah, Amid menunaikan solat Asar.


Selepas selesai, dia akan menunggang motosikal buruknya ke kebun untuk menghalau kambing dan lembu masuk semula ke kandang.
Ketika itu, langit sudah gelap. Kilat mula memancar diiringi dentuman guruh. Menurut cerita kakak saya, Mek, Amid berada di kandang sehingga pukul 6.00 petang.

Mek nampak Amid menghalau lembu kambingnya sebab rumah Mek dekat saja dengan kandang haiwan itu.

Kira-kira pukul 6.15 petang, hujan mula turun dengan lebat. Kakak saya, Mek, Jah bersama adik saya, Nor dan Ana sedang berada di rumah mereka pada waktu itu.

Apabila hujan lebat turun dan guruh serta petir sabung-menyabung, mereka sangkakan Amid sudah pulang ke rumah emak.

Jadi mereka langsung tidak memikirkan tentang Amid kerana menyangka Amid sudah pulang ke rumah sebelum hujan turun.

Tiba-Tiba.


prangggggg. tuuuuummmmt!

Dentuman serta panahan petir yang teramat kuat itu membuatkan Mek, Jah, Nor dan Ana terperanjat.

Panahan petir itu turut membelah beberapa batang pokok pisang yang ditanam di belakang rumah serta merobekkan dinding dan pintu bilik air rumah Mek.

Pada masa yang sama, emak yang sedang berada di halaman rumahnya kira-kira dua kilometer dari rumah Mek, turut terperanjat mendengar bunyi dentuman petir itu.


Darahnya berderau. Lutut emak tiba-tiba saja jadi lemah. Dirinya terasa seperti di awang-awangan.

Tiba-tiba mulut emak terpacul kata kata, "Ya Allah. anak aku!"

Hati emak jadi berdebar-debar. Dia teringatkan Amid yang sedang berada di kebun.


Emak tiba-tiba bimbang terjadi sesuatu yang buruk terhadap Amid.

Kira-kira setengah jam berlalu, hujan semakin reda. Pancaran kilat dan guruh juga sudah sayup-sayup bunyinya. Tiba-tiba Mek teringatkan Amid.


Dia menghubungi emak, tetapi kata emak, Amid masih belum pulang.

Mek mula rasa tidak sedap hati. Dia mengajak abang kami, Pok Yee untuk keluar bersama mencari Amid. Mereka berdua menuju ke kandang yang tidak jauh dari rumah mereka itu.

Sampai di sana...

"Ya Allah, adik akuuuuuu!!!" jerit Mek sebaik sahaja melihat Amid terbaring mengiring di bawah pohon sentul di depan kandang kambingnya.

Mek memangku kepala Amid. Mek Jerit nama Amid beberapa kali,
tapi Amid tidak lagi menyahut. Tubuhnya kaku.



Cerita Mek kepada saya.


ketika itu dia melihat darah mengalir laju keluar dari telinga Amid. Kesan lukanya pula seperti terkena tembakan peluru. Dari waJahnya, sehingga ke paras dada, menjadi hitam kesan terbakar.

Amid dibawa ke hospital dengan hantuan seorang jiran dan disahkan sudah meninggal dunia.


Ketika menunggu hospital membenarkan kami membawa pulang jenazah Amid, Mek pun bercerita kepada kami bagaimana dia melihat sesuatu yang agak pelik pada mayat Amid ketika dia mula-mula menjumpainya.




Cerita Mek, mayat Amid dijumpainya terbaring mengiring menghadap ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dalam keadaan kiam.

Lazimnya seseorang yang dipanah petir, tercampak dan keadaan anggota badannya tidak teratur. Tetapi ini tidak, mayat Amid seolah olah dibaringkan dan tangannya dikiamkan ke dada.

cerita Mek kepada kami lagi.


Pagi Jumaat 8 Oktober 2004

PAGI itu, suasana pilu menyelubungi rumah kami. Mayat Amid terbujur kaku diselimuti kain kapan di ruang tamu.

Saya terma suk beberapa orang adik-beradik dan orang kampung, sibuk menguruskan urusan pengebumian Amid.

Di sekeliling mayat, kelihatan saudara-mara memenuhi ruang rumah, termasuk orang-orang kampung membacakan surah Yasin.


Setelah solat jenazah, mayat Amid dibawa ke perkuburan. Sebaik selesai urusan pengebumian, azan solat Jumaat pun berkumandang.

Sehari selepas Amid dikebumikan, saya ke kuburnya untuk membacakan surah Yasin.


Saya tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 9.00 pagi. Ketika sedang khusyuk membaca Yasin.



tiba tiba saya terdengar suara burung berkicauan di atas pokok-pokok di kuburan itu.

Pada mulanya saya tidak hiraukan kicauan burung-burung tersebut. Tetapi lama-kelamaan, saya dengar bunyi kicauan itu semakin kuat dan rancak.


Saya pun mendongak, kelihatanlah sekumpulan burung sedang terbang berpusing dan galak berkicau.

Mula timbul rasa pelik dalam diri saya sebab sewaktu mula-mula sampai ke tanah perkuburan, langsung tidak nampak kelibat seekor burung pun.

Saya menyambung kembali bacaan sehingga tamat.



Anehnya, sebaik saya habis membaca surah Yasin, bunyi kicauan burung itu hilang serta-merta.



Apabila saya mendongak, saya dapati sekawan burung yang berterbangan tadi juga sudah ghaib entah ke mana.

Serentak itu saya terbau saw haruman yang tidak pernah saya rasai sebelum ini. Baunya amat harum.


Saya mencaricari dari mana datangnya bau harum itu, mungkin dari orang lain yang berkunjung ke kawasan perkuburan itu, tapi saya tidak menemuinya.


Tiada orang lain di kawasan perkuburan itu kecuali saya.

Saya kemudian meninggalkan pusara Amid, sedang di dalam kepala masih terfikir-fikir tentang kejadian pelik sebentar tadi.

Apabila pulang ke rumah emak, tambah memeranjatkan, apabila saya terbau haruman yang sama di dalam bilik Amid. Saya masuk ke biliknya dan mendapati bau tersebut datangnya dari sudut bilik tempat Amid sering bersembahyang.


Subhaanallah! Itu saja yang mampu saya katakan dalam hati.

Bukanlah tujuan saya untuk bercerita tentang kebaikan adik sendiri atau bertujuan untuk berbangga, riak dan sebagainya,tetapi bagi keluarga kami, Amid menjadi contoh seorang anak yang begitu taat kepada ibunya. Dan kisah ini ingin saya kongsikan bersama sebagai satu pengajaran buat kita semua.

Setiap kali saya terbaca kisah-kisah sadis dan kejam seperti kejadian anak membunuh ibu, atau anak sanggup menghantar ibu bapa ke rumah jagaan orang-orang tua di akhbar atau majalah,
pasti saya akan teringatkan sikap Amid.

Biarpun Amid sudah pergi meninggalkan kami hampir lebih dua tahun lamanya, namun apabila saya terkenangkannya, saya akan menitiskan air mata. Sedih dan terharu apabila mengenangkan pengorbanan Amid terhadap emak.

Namun, dalam sedih, ada terselit di hati saya rasa gembira. Sikap taatnya kepada ibu, dan peristiwa pelik yang berlaku pada Amid ketika kematiannya, membuatkan saya yakin, itu adalah petunjuk dari Tuhan, sebagai balasan buat seorang anak yang telah mengabdikan diri terhadap ibu sehingga ke akhir hayatnya.

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)".

- Surah Luqman ayat 14.


-MOGA MENJADI PENGAJARAN BERSAMA-


Source:
drp emel yang diforwardkan..

Sejenak di pagi hari

18 July 2010

Takut menyelubungi diri apabila memikirkan keputusan akan keluar di esok hari. Apakah aku dapat lulus dalam semua subjek ataupun tidak? Moga tangan yang menadah ke langit ini dimakbulkan. Moga doa dan harapan ibu bapa, profesor, doktor serta rakan-rakan didengariNya. Namun imtihan yang lepas memang mengajarku erti Sabar yang sebenarnya. Banyak dugaan yang menimpa yang hanya diriNya dapat memahami. Namun aku tabah menempuh segalanya kerana itu sahaja yang mampu aku lakukan. 

'Life must goes on' quote terkenal yang selalu kita guna. 

Ini sahaja tak cukup sebagai penguat semangat kita yang hampir lelah berjuang. Untuk menetapkan hati dalam meniti hari-hari yang mendatang amatlah susah. Setiap kali kita mudah untuk tersasar dari tujuan kita. Ada orang yang cukup kuat untuk menghadapinya dan ada yang mudah rebah apabila diuji dengan pelbagai rupa masalah. Setiap dari kata ada matlamat masing-masing. Namun untuk menuju ke matlamat itu ada banyak jalan yang boleh dipilih. Terlalu banyak sehinggakan ada jalan yang kita terpaksa tinggalkan dan ada yang kita tak sedari. Segala yang berlaku adalah qada' dan qadar dan Allah sahaja sebaik-baik penentu masa depan kita. Jadi disini letaknya Sabar dan Redho kita sebagai asas kepada apa yang bakal terjadi. 

Dekati diriNya walau di waktu senang apatah lagi di waktu kesusahan. 
Dia sentiasa mendengar kita dan Dia juga teman sepanjang hayat.
Percaya kepadaNya yang menulis masa hadapan.
Terimalah apa yang ditetapkanNya dengan baik.
Dan itu akan membawa kita dengan lebih KEJAYAAN.




Richest Muslim entrepreneur in the world is Indian

Azim Premji, chairman of Wipro, the soap to software business conglomerate, has been named as the richest Muslim entrepreneur in the world by US-based business daily Wall Street Journal (WSJ).
In a special report, the WSJ said that Premji defied all the conventional wisdom about Islamic tycoons. “He doesn’t hail from the Persian Gulf, he didn’t make his money in petroleum, and he definitely doesn’t wear his faith on his sleeve” – to emerge as one of the top 25 richest men in the world.
According to popular business and lifestyle magazine, Forbes, Premji is the 21st richest man in the world and the second richest Muslim in the world. Saudi Arabia’s Prince Alwaleed Bin Talal Alsaud is the richest Muslim in the world at No.13 ($20.3 billion).
“Azim Premji has tapped India’s abundant engineering talent to transform a family vegetable-oil firm, Wipro Ltd, into a technology and outsourcing giant. By serving western manufacturers, airlines and utilities, the company has brought Premji a fortune of some $17 billion,” the WSJ report said.

In the report entitled, ‘How a Muslim billionaire thrives in Hindu India,’ WSJ said Premji was way ahead of Russia’s metal and real estate baron Sulaiman Kerimov ($14 billion), Kuwait’s Nasser Al-Kharafi ($11 billion), Saudi Arabia’s Mohammad Al Amoudi ($8 billion), UAE’s Abdul Aziz Al Ghurair ($8 billion), Russia’s Iskander Makhmudov ($8 billion), Saudi’s Maan Al-Sanea ($7.5 billion) and Saudi Arabia’s Sulaiman Al Rajhi ($7.5 billion) to emerge as the richest Muslim entrepreneur in the world.

WSJ also quoted Premji as saying in an interview: “We have always seen ourselves as Indian. We’ve never seen ourselves as Hindus, or Muslims, or Christians or Buddhists,” adding that his secular and globalized outlook has helped him taste financial success.

However, success comes at a price, WSJ noted. “To many in India’s Muslim community, Mr. Premji’s enormous wealth, far from being inspiring, shows that success comes at a price the truly faithful cannot accept. They resent that Mr. Premji plays down his religious roots and declines to embrace Muslim causes; in a nation where people are pegged by their religion and where Hindus freely flaunt theirs,” Yaroslav Trofimov, the writer of the article, said.
“Mr. Premji has mentioned his Muslim background so rarely in public that many Indian Muslims don’t even know he shares their heritage. None of Wipro’s senior managers aside from Mr. Premji himself are Muslims. The company maintains normal working hours on Islamic high holidays. Among its 70,000 employees, there’s only a sprinkling of Muslims,” Trofimov said.


Source :
http://halalmedia.my/

Sleepbox

17 July 2010

 how about sleeping in a box when you are just passing by a large city?



Cheap sleep in case of emergency for anyone rich or poor!! No time wasted looking for a hotel



Designed to be installed at train stations and airports, and central public places or cities where accommodation is fully booked.




 Size: 2 m x 1,40m x 2,30m to sleep in comfort and security.



In tropical climate countries the sleeper box can be installed outdoors in main streets.


The space includes bed, linen, ventilation system, alarm. LCD TV, WiFi ,
              space for your laptop and re chargeable phone.



Under your bed and floor there is a cupboard for your luggage.

Payment is made at terminals who will give clients an electronic key that can be purchased for 15 minutes or for as many hours as you need.


Dubai is installing 50-70 boxes.

When do you think Malaysia or Egypt would have these boxes?

These boxes would be useful for a place with tourist attention as it can cut travelling costs. 

Perhaps essential for a small group of students for their budget holiday and maybe business personnel that need to be online all the time..

Source :

www.funandfunonly.org

Tyson K.O di Saudi

16 July 2010
Mike Tyson (lahir 30 Jun, 1966) adalah seorang bekas peninju yang berasal dari Amerika Syarikat. Dia adalah bekas juara tinju kelas Heavyweight dan merupakan juara termuda dunia yang pernah memenangi WBC, IBF dan West Brom dalam kelas Heavyweight dalam satu masa. Terkenal dengan tinju gaya Orthodox dan dianggap sebagai salah seorang peninju kelas Heavyweight terhebat.






Bekas juara tinju, Mike Tyson yang sudah memeluk agama Islam telah melalui suatu pengembaraan spiritual dimana dia telah menyempurnakan umrah di bumi Mekkah dengan diakhiri dengan tangisan air mata yang disifatkan sebagai air mata kebangkitan.

Tyson akhirnya menangis di Masjid Nabi, berkata: "Saya tidak tahan mengeluarkan air mata ketika mengetahui bahawa sedang berada di salah satu taman syurga."

Inilah personaliti baru Mike Tyson. Rombongannya ke Tanah suci berjauhan dengan kehidupannya selama ini yang dikelilingi para peminat. Di sana beliau hanya berdekatan dengan rakan-rakan serta pembimbing yang rapat.



"Saya telah melihat pejuang pesawat, pelakon, dan muallaf yang lain, tetapi belum pernah lagi merasakan tangisan rohani dan keluluhan hati yang diungkapkan oleh Tyson."- wartawan

Inilah keajaiban yang kita boleh perolehi di tanah suci. Aura dari monumen atau masjid disana boleh meliputi diri kita dan menyentuh emosi kita dengan keadaan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Titisan air mata memikirkan dosa-dosa yang lampau mahupun sebak terasa apabila menatap bangunan yang penuh dengan sejarah silam. Pengorbanan para Nabi serta sahabat-sahabat hanya boleh kita kenangkan bersama dan diambil sebagai pedoman.

Sources:








-wikipedia
-http://www.elanthemag.com



Pisang oh pisang...

15 July 2010
Pisang (nama botani: Musa spp.) merupakan sejenis tumbuhan yang tergolong dalam famili Musaceae. Pisang mempunyai buah yang sedap dan lazat serta mudah ditanam. Di Malaysiakultivar seperti pisang masberangancavendish dan rastali ditanam untuk dimakan segar. Kultivar seperti pisang nangkarajalangrelongtanduknipah dan pisang awak pula sesuai untuk dimasak atau diproses sebagai makanan ringan. Pisang yang pada mulanya merupakan sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara, kini telah dikomersialkan.


*share skit drp Wiki...




ni pisang goreng kt hotel kot..siap hias2 lagi..hehe...


1. Kepada yang merindui kampung halaman, tataplah pisang goreng ni lama-lama sampai bawa ke mimpi pun boleh. 


2. Tak mustahil untuk membuat pisang goreng di Mesir seperti yang telah dibuat oleh chef rumah ni--dak Ijat...Walaupun pisang yg digunakan mungkin tidak serupa dan tak sedap tapi cukuplah sekadar memuaskan nafsu makan. haha~~~


3. Seperti yang telah dieksperimentasi, campuran tepung beras dan tepung biasa diadun bersama gula untuk disalut bersama pisang yang telah dipotong.


4. Kemudian goreng jela dan siap...


5. Sedikit info kesihatan mengenai pisang :
Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.
Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.
Bagaimanapun, pisang tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%)
Sources:







info from wikipedia

Feeling Bored now..try this!!

14 July 2010
Test your skill as a music composer. 
By clicking on those horses,a specific rhythm is created. 
Arrange those pieces as one to make the beautiful piece of music. 
Try it out. Good Luck!!!


Team Building??

video

Video ini saya terima dengan bertajuk Team Building Seminar. Ok, dapat dilihat di situ adela ciri-ciri bekerjasama. Tapi gila tak gila mat salleh buat kerja-kerja macam ni jugak la yang difikirkan. Hiburan tetap hiburan tapi bila nyawa dan keselamatan menjadi taruhan, bukanlah bijak untuk dibuat bukan. Jadi setiap dari kita ada akal untuk menilai. Janganlah diracuni dengan pemikiran sebegini yang hanya membawa kepada kerosakan aqidah. Memang hidup patut diuji dengan kesabaran dan keteguhan mental serta fizikal tapi banyak lagi cara lain yang bole dilakukan. Setiap pekerjaan ada risiko dan bergantung pada kita sajelah untuk menilainya..

Islam di setiap sudut

13 July 2010

1. Dibuai lenakah kita di zaman sekarang dengan hidangan yang direka khas buat umat akhir zaman di ketika ini. Kalau dulu umat Islam kecundang disebabkan arak dan judi. Adakah sejarah akan berulang? Kemungkinan kesan ini belum jelas lagi tapi tidakkah rokok bole dikira sebagai ketagihan juga.

2. Yang ingin dimaksudkan di sini ketagihan ialah sesuatu yang kita masih lagi leka dengan situasi ini. Ketagihan itu tidak salah tapi perlu juga bergantung kepada apa yang ditagihkan. Kita dijamu dengan ketagihan yang memudaratkan kita tapi menguntungkan pihak lain. Rokok jela dimudahkan cerita.

3. Motif post kali ni sebenarnya nak menyuntik semangat kita berjuang dalam setiap kelebihan yang kita ada. Memang setiap dari kita tak dilahirkan sempurna. Jadi Allah telah anugerahkan kelebihan pada diri masing-masing untuk melengkapkan kita sebagai satu jemaah.

4. Tajuk perbualan ini sudah berbuih menjadi topik setiap kali perjumpaan umat Islam. Ukhuwwah dan sebagainya tapi adakah kita masih belum sedar peranan kita?

5. Berkata mengenai kuantiti kedatangan bakal-bakal Doktor di Mesir. Apakah kekuatan di sebalik kuantiti yang diperdebatkan ini? Penulis merasakan inilah kekuatan yang kita perlukan sebenarnya. Setiap dari kita mempunyai personaliti yang berbeza-beza. Diselit dengan keistimewaan dalaman yang mungkin kita sendiri tidak menyedarinya.

6. Jadi peranan kita sekarang adalah untuk menyelami matlamat diri kita agar semua yang telah ditakdirkan ini ada signifikan di sebaliknya sama ada secara sedar atau tidak disedari.

Sources:






Sains di sebalik Sembelihan yang Halal


1. Az-Zabaih ialah kata jamak zabihah yang bermakna binatang yang disembelih. Maksudnya ialah : Binatang yang disembelih mengikut lunas syarak dengan syarat-syarat tertentu dan ia adalah daripada binatang yang halal dimakan.

2. Syarat yang dimaksudkan terbahagi kepada tiga bahagian berkaitan dengan penyembelih, binatang yang disembelih dan alat sembelihan. Fokus diberi kepada binatang yang disembelih kali ini.

3. Tiga syarat berkaitan dengan binatang yang disembelih seperti berikut :
i. Haiwan itu mesti mempunyai hayat mustaqirrah. Maksud hayat mustaqirrah ialah haiwan itu tidak mengalami sakit atau cedera ataupun yang seumpamanya yang membawa kepada kematian.
ii. Putusnya urat halkum dan urat merih. Halkum ialah saluran pernafasan(trachea) dan urat merih ialah saluran makanan(eosophagus) Sekiranya masih belum putus salah satu dari keduanya walaupun sedikit, sembelihan itu tidak sah.
iii. Memotong dengan cepat sekaligus. Ini kerana kalau dilakukan dengan perlahan lalu haiwan itu menggelepar sebagaimana binatang yang disembelih sebelum semuanya selesai dipotong, maka terbatallah sembelihan dan ia tidak sah.
*info secara detail mengenai syarat-syarat sembelihan ini haruslah dirujuk kembali melalui rujukan yang lebih jelas untuk keterangan lanjut. Post ini hanyalah menceritakan secara ringkas definisi dan syarat-syarat sembelihan.

3. Moga penjelasan ringkas di atas cukup untuk menerangkan apa sebenarnya sains di sebalik keistimewaan sembelihan halal yang dipraktikkan oleh umat yang beragama Islam dan Yahudi ini. Sembelihan halal juga dikenali sebagai sembelihan ritual(ritual slaughter) bagi sesetengah pihak. 

4. Terdapat golongan tertentu yang diakui pakar dalam penjagaan haiwan mengatakan haiwan yang disembelih secara halal ini dianggap satu penyeksaan kepada haiwan tersebut. Mereka mengatakan kaedah elektrik lebih tinggi nilai kemanusiaan kepada sembelihan terbabit. 

5. Namun, kenyataan ini telah lama ditentang oleh cendekiawan lain dari kerabat mereka sendiri :
"Pada awal 1927, seorang saintis Jerman Bongart dengan pasukannya melakukan kajian menyeluruh tentang ritual pemotongan anak lembu dan mencapai kesimpulan bahawa jika sembelihan ritual dilakukan dengan betul, maka tidak ada kekejaman yang dijumpai."
"Sarjana lain Spoerri Eropah sampai ke sebuah keyakinan yang sama pada tahun 1964 ketika dia membuat kajian tentang sembelihan ritual sekitar 50 haiwan dalam makmal: sembelihan ritual tidak menunjukkan rasa sakit seperti pembunuhan dengan menggunakan  elektrik atau gas" 
6. Terbaru sekali terdapat penemuan saintifik yang menggunakan electroencephalogram(EEG) pemantauan fungsi otak dan electrocardiogram(EKG) monitoring fungsi jantung selama kedua-dua kaedah sembelihan.


7. Terbukti dalam kedua-dua kaedah ini
EEG - Perubahan secara jelas iaitu tiada gelombang otak yang terpapar menunjukkan bahawa haiwan itu telah mati setelah sembelihan halal yang sempurna.
ECG - hilang kesedaran bagi haiwan terbabit selepas disembelih dengan cara yang halal dimana frekuensi jantung yang meningkat secara mendadak kemudian menurun setelah sembelihan yang sempurna. Muscle cramp juga tidak berlaku pada haiwan terbabit.
8. Istimewanya sembelihan halal ini haruslah disedari ramai pihak kerana perkara ini penting bagi menghasilkan makanan yang sihat serta halal dari segi syarak baik untuk umat Islam mahupun agama lain.

Sources:







-Kitab Fikah Mazhab Syafie terbitan Pustaka Salam Sdn Bhd
-The Science Behind Halal Slaughter | Halal Media
-http://infidelsunite.typepad.com

Pecah kereta

09 July 2010


1. Kes pecah kereta mahupun curi kereta telah menjadi kebiasaan di akhir-akhir ini. Tambahan pula di kawasan bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur, Johor Bharu dan Penang. Kes kecurian kereta mahupun rompakan barangan berharga di dalam kereta boleh dikatakan setiap hari berlaku. Pesalah mungkin daripada rakyat tempatan sendiri ataupun pendatang asing tapi kecurian tetap berleluasa. Dengan semudah-mudah cara kereta ini boleh diceroboh seperti video di bawah.

video

2. Beringatlah untuk menambah security kereta supaya kita dapat berasa tenang meninggalkan kereta di tempat parking. Banyak lagi alat-alat yang telah direka bagi memudahkan pencuri menceroboh keselamatan kita di zaman moden ini. Tidaklah rugi jikalau kita membelanjakan sedikit wang untuk keselamatan kita serta keluarga.
video

Sources:
-Videos from e-mail. Thanks for the person who uploaded it in the first place.
-Pictures from the website also. Thanks uploader..

Need for Speed WORLD

05 July 2010

WORLD?? Mawi?? haha...EA pun dah ambil quote artis tempatan kita ye. Ok, tiada kaitan pun. Cumanya nak katanya inilah game baru kepada peminat game NFS. Penulis dapat katakan yang edition terbaru ni memuatkan massive multiplayer online support. Jadi, player bole berlumba dengan players lain di seluruh dunia secara online dengan lebih mudah dalam platform NFS World ini. Besides, there will be a continuous update for the courses, races and events. So, you will not get boring so easily perhaps. Macam-macam lagi features terbaru yang ada so selamat berlumba~~

Source:

Awak lawalah

01 July 2010
 1. Sudah menjadi naluri seorang lelaki akan memuji serta memuja kecantikan wanita di dunia ini. Tidak ada seorang lelaki pon yang tidak sebegini. Kalau ada pun hanya minoroti dan kemungkinan mempunyai personaliti tertentu yang 'istimewa'. Kecantikan itu ialah terlalu subjektif untuk dinilai secara umum. Setiap manusia mempunyai perspektif masing-masing mengenai kecantikan- "Beauty in the eye of beholder".

2. Ketika bercinta, si wanita akan bertanya kepada pasangannya- "Awak masih terima tak kalau saya dah tak secantik sekarang?" Soalan perangkap tu..Mustahil bagi mana-mana laki akan menjawab secara jujur. Jawapan dia mungkin - "Saya cuma sayang hati awak sekarang dan sampai bila-bila, jadi cantik ini hanya kedua bagi saya". Betulkah begini? Hanya orang yang bercinta ada jawapannya..


3. Bila dah kahwin, mulalah isteri nak mengungkit apabila laki dia menjeling-jeling awek cun lain. Padahal sudah menjadi lumrah laki-laki meminati sesuatu kecantikan apatah lagi kepada wanita yang dipikirkan indah mata memandang seksi ataupun menutup aurat tetap sama ja. Jadi kepada para wanita, kekalkanlah kecantikan yang Allah kurniakan pada kamu ada itu sebaik-baik mungkin. Dont take it for granted!!

4. Kunci kejayaan adalah usaha. Sama juga kunci kebahagiaan adalah usaha untuk ke arah mewujudkan suasana yang bahagia bagi setiap pasangan. Kebahagiaan tidak akan lahir tanpa keinginan kita untuk menyemarakkan ia sentiasa.

5. Kalau kes Adamaya lak, Adam akan kata "Takpela awak tak cantik pon, kita dah kahwin kan" haha...ada similarities tak? Memang la skrip ni takde tapi alasan 'sudah kahwin' tu yang akan diguna pakai. Ini bukanlah nama bahagia yang dicari tapi masalah yang akan timbul.


6. Nilai estetika yang ada pada seorang lelaki hanya dia yang dapat ungkapkan. Subjektif kepada kecantikan itu sahaja membuktikan kekuasan Allah SWT mencipta manusia dengan mempunyai citarasa yang berlainan.

7. Jadi setiap dari kita telah dilahirkan berpasangan melalui pelbagai aspek yang penting yang hanya diketahui oleh Maha Pencipta dan untuk kita selidiki bersama. Tidak timbul dimana cantik itu boleh diukur kerana itu hanya mainan fikiran manusia yang ingin menyesatkan kita seperti program Miss Beauty dan sewaktu dengannya.

8. Semua dari kita dilahirkan dengan kecantikan masing-masing. Gunalah ia dengan sebaik mungkin kerana itulah sebaik-baik kurnianNya. Dan juga kekalkan ia untuk perkara yang lebih baik.

Sources: