Teladan sebuah kampung, 3 badan kebajikan

04 January 2011
all for one and one for all
Di sebuah kampung nun jauh di sana. Ada seorang ketua kampung yg bijak telah lama menjaga keamanan kampung tersebut. Terdapat juga 3 buah badan kebajikan utama yg bergiat aktif dalam kampung yg indah permai itu.


1- Badan Kebajikan Kampung (BKK)
Ditubuhkan sejak awal kampung dibina dan ahli merangkumi semua penduduk kampung. Menjaga hal ehwal ahli merangkumi segala aspek penting kehidupan. 

2- Badan Kebajikan Nelayan (BKN)
Ditubuhkan kepada para nelayan yg bekerja di dalam kampung terbabit. Urusan kebajikan lebih tertumpu kpd maslahat mengenai nelayan dan pekerjaan ahli. Bilangan ahli pada mulanya sedikit tapi makin bertambah setelah kedatangan anak2 nelayan dari kampung sebelah. Maka organisasi merangkumi portfolio lebih bnyk ditubuhkan bagi menampung jumlah ahli yg ramai terbabit.

3- Badan Kebajikan Anak2 Nelayan (BKAN)
Ditubuhkan atas dasar kebajikan anak2 nelayan yg merantau dari kampung lain. Segala yuran pengurusan telah dibayar dan diamanahkan oleh ibu bapa untuk menjaga kebajikan anak2 mereka di tempat org. 


Begitulah susunan hierarki bagi ketiga-tiga badan kebajikan itu dimana yg paling meluas ahli adalah Badan Kebajikan Kampung(BKK) dan semakin mengecil hingga ke Badan Kebajikan Anak2 Nelayan(BKAN).
Masing2 ada tujuan utama penubuhan iaitu tidak lain tidak bukan bertujuan untuk menjaga kebajikan ahli serta yg sewaktu dengannya.

Secara logiknya kalau BKK buat program makin ramai ahli yg akan hadir sbb ahlinya meluas hingga sekampung berbanding BKAN. Tapi tak salah juga kalau BKAN buat program tapi menjemput semua ahli kampung bergantung pada bajet2 tertentu. Tapi BKAN pasti mempunyai had dari segi kewangan untuk support semua(kalau anggap smua yuran pukul sama rata la).

Sepakat membawa berkat
         Pada mulanya mereka bersama, didapati berlaku pertindihan gerak kerja diantara BKN-BKAN, jga BKK-BKN serta BKK-BKAN. Maka ketua kampung telah memutuskan adalah sebaiknya mereka sama-sama sepakat membawa berkat berbincang mengenai portfolio masing-masing. Apa kuasa ini dan kuasa itu yg perlu dibahagikan setiap badan utk dipertanggungjwabkan. Memorandum persefahaman telah diusahakan agar tidak mengusutkan ahli semuanya...Setelah itu ahli kpd badan masing2 dah tahu mcm mana dan kepada sapa utk dirujuk bila mana kebajikan diperlukan. 

          Setelah beberapa bulan bersama, tetap ada jugak pertindihan gerak kerja walaupun setelah berbincang jugak. Maka ketua kampung muncul kembali menyelesaikan masalah ini dengan menerapkan sikap bertolak ansur antara ketiga-tiga badan. alaaa...mcm dlm rumahtangga pun sama jugak. Selepas itu ketua kampung serta ketua setiap badan sama2 menerangkan kembali kpd penduduk kampung tentang masalah yg timbul dan bakal timbul supaya kesemuanya jelas tentang apa yg berlaku.

          Ketua kampung itu dengan cerdiknya menggalakkan kerjasama yg baik diamalkan kepada ketiga-tiga badan kebajikan itu. Yang senior(org lama) pantau yang junior katanya. Setiap dari mereka harus menghormati kepentingan masing2 dan cuba berlaku profesional dalam tindak tanduk masing2 tambahnya lagi. Sama2 menegur sekiranya ada kesalahan. Sama2 menerima teguran dengan baik. Setiap badan itu pun ada kelebihan masing2 maka disinilah kita aplikasi pulak ke arah pembentukan sesuatu program yg lebih berkesan ulasnya.

           Bulan demi bulan genaplah setahun mereka bersama.  Timbul pula masalah berkenaan ideologi dan pemikiran oleh ketiga-tiga badan berikut. Sedikit perselisihan faham berlaku hingga muncul fitnah yg menular di kalangan org kampung. Afdalnya.... bawa bincang kenapa dan bagaimana utk selaraskan pemikiran itu kata ketua kampung. Dan sekiranya takle sama gak, maka perlulah bertolak ansur lagi janji asas utama(al-quran dan sunnah) setiap badan mesti pegang. Dalam hal ini mungkin wujud perbezaan dari segi aplikasi kpd asas utama terbabit.. mungkin yg satu agak tegas dan satu agak longgar. Jadi kalau ada yg salah..maka tegurlah......dan tegurlah dan tegurlah serta kamu terimalah teguran dan terimalah sebaik-baiknya....wujudkan lebih persefahaman...

          Berlalu sudah beberapa tahun bersama, datang pula isu membabitkan sekutu(allies) kpd setiap badan masing2. Hero iaitu ketua kampung kembali meleraikan kekusutan ini... Maka disini setiap badan haruslah clear dgn keadaan ini dan menerima seadanya sekutu masing2 melainkan ada yg berkawan dgn musuh Islam itu sendiri.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

           Berat pulak kepala tulis cerita ni. Maka dengan ini aku isytiharkan  bahawa cerita ini hanyalah rekaan di minda penulis berdasarkan pemikiran sendiri semata-mata. Kemungkinan cerita ini seakan serupa di lokaliti Mesir terutama Zagazig tapi ini tiada kaitan antara hidup dan mati(nak kata yg ini aku reka jela..so crita rekaan utk buat pedoman bersama)


Kategori : AKIDAH Akhlak  
Tajuk :
Berbuat Baik Dan Bersabar Di Atas Perilaku Manusia
Hadith :
Seorang lelaki bertanya:“ Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar mengahadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.” Kemudian baginda menjawab,” Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu”.
Riwayat Muslim

Huraian
1.Islam mengajar umatnya supaya banyak bersabar di dalam semua keadaan sama ada ketika senang atau pun susah kerana ia merupakan pengukur darjat keimanan seseorang.
2.Islam mengajar umatnya supaya jangan membalas keburukan orang sebaliknya menambahkan lagi kebaikan terhadap mereka mudah-mudahan dengan itu hati mereka menjadi lembut dan baik.
3.Allah sentiasa memberi pertolongan kepada orang yang sentiasa sabar dan benar dalam bertindak.
4.Setiap umat Islam wajib menghubungkan silaturrahim dan haram memutuskannya.
 ~Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia~




.ps. maaf kepala sudah berat nk meneliti cerita ni balik. jadi ending xbape BES...

6 comments:

  1. suka! nk denga lagi cerita...
    sambung la..

  1. AjMaL said...:

    ketua kampung tu tok ketua kmpung laa...nak bagi nama pun bole nnti. ada cadangan?

    insyaAllah sambungan di part 2 nnti wa conclusion bardu...

  1. ada! tok ketua=tok agmal

    p/s: ajmal,straight to the point je.. mmg pasal zagazig pun.. =)))

  1. AjMaL said...:

    yg ni nk cite how it supposed to be. thats why ada tok ketua...

  1. AjMaL said...:

    pastu kalau nk straight to the point tu insyaAllah nk send memo kot trus kepada org yg sepatutnya.

    post ini hanya utk org yg membaca fahami apa yg terbaik yg aku fikirkan.

    bukan nk menyalakan bara api tetapi nak mencipta pelangi yg indah.(xle lak puitis cam ariff haikal..haish)

Post a Comment