Awak lawalah

01 July 2010
 1. Sudah menjadi naluri seorang lelaki akan memuji serta memuja kecantikan wanita di dunia ini. Tidak ada seorang lelaki pon yang tidak sebegini. Kalau ada pun hanya minoroti dan kemungkinan mempunyai personaliti tertentu yang 'istimewa'. Kecantikan itu ialah terlalu subjektif untuk dinilai secara umum. Setiap manusia mempunyai perspektif masing-masing mengenai kecantikan- "Beauty in the eye of beholder".

2. Ketika bercinta, si wanita akan bertanya kepada pasangannya- "Awak masih terima tak kalau saya dah tak secantik sekarang?" Soalan perangkap tu..Mustahil bagi mana-mana laki akan menjawab secara jujur. Jawapan dia mungkin - "Saya cuma sayang hati awak sekarang dan sampai bila-bila, jadi cantik ini hanya kedua bagi saya". Betulkah begini? Hanya orang yang bercinta ada jawapannya..


3. Bila dah kahwin, mulalah isteri nak mengungkit apabila laki dia menjeling-jeling awek cun lain. Padahal sudah menjadi lumrah laki-laki meminati sesuatu kecantikan apatah lagi kepada wanita yang dipikirkan indah mata memandang seksi ataupun menutup aurat tetap sama ja. Jadi kepada para wanita, kekalkanlah kecantikan yang Allah kurniakan pada kamu ada itu sebaik-baik mungkin. Dont take it for granted!!

4. Kunci kejayaan adalah usaha. Sama juga kunci kebahagiaan adalah usaha untuk ke arah mewujudkan suasana yang bahagia bagi setiap pasangan. Kebahagiaan tidak akan lahir tanpa keinginan kita untuk menyemarakkan ia sentiasa.

5. Kalau kes Adamaya lak, Adam akan kata "Takpela awak tak cantik pon, kita dah kahwin kan" haha...ada similarities tak? Memang la skrip ni takde tapi alasan 'sudah kahwin' tu yang akan diguna pakai. Ini bukanlah nama bahagia yang dicari tapi masalah yang akan timbul.


6. Nilai estetika yang ada pada seorang lelaki hanya dia yang dapat ungkapkan. Subjektif kepada kecantikan itu sahaja membuktikan kekuasan Allah SWT mencipta manusia dengan mempunyai citarasa yang berlainan.

7. Jadi setiap dari kita telah dilahirkan berpasangan melalui pelbagai aspek yang penting yang hanya diketahui oleh Maha Pencipta dan untuk kita selidiki bersama. Tidak timbul dimana cantik itu boleh diukur kerana itu hanya mainan fikiran manusia yang ingin menyesatkan kita seperti program Miss Beauty dan sewaktu dengannya.

8. Semua dari kita dilahirkan dengan kecantikan masing-masing. Gunalah ia dengan sebaik mungkin kerana itulah sebaik-baik kurnianNya. Dan juga kekalkan ia untuk perkara yang lebih baik.

Sources:









0 comments:

Post a Comment