Pisang oh pisang...

15 July 2010
Pisang (nama botani: Musa spp.) merupakan sejenis tumbuhan yang tergolong dalam famili Musaceae. Pisang mempunyai buah yang sedap dan lazat serta mudah ditanam. Di Malaysiakultivar seperti pisang masberangancavendish dan rastali ditanam untuk dimakan segar. Kultivar seperti pisang nangkarajalangrelongtanduknipah dan pisang awak pula sesuai untuk dimasak atau diproses sebagai makanan ringan. Pisang yang pada mulanya merupakan sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara, kini telah dikomersialkan.


*share skit drp Wiki...




ni pisang goreng kt hotel kot..siap hias2 lagi..hehe...


1. Kepada yang merindui kampung halaman, tataplah pisang goreng ni lama-lama sampai bawa ke mimpi pun boleh. 


2. Tak mustahil untuk membuat pisang goreng di Mesir seperti yang telah dibuat oleh chef rumah ni--dak Ijat...Walaupun pisang yg digunakan mungkin tidak serupa dan tak sedap tapi cukuplah sekadar memuaskan nafsu makan. haha~~~


3. Seperti yang telah dieksperimentasi, campuran tepung beras dan tepung biasa diadun bersama gula untuk disalut bersama pisang yang telah dipotong.


4. Kemudian goreng jela dan siap...


5. Sedikit info kesihatan mengenai pisang :
Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.
Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.
Bagaimanapun, pisang tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%)
Sources:







info from wikipedia

0 comments:

Post a Comment