This day would be the day most of us waiting for(student Zaqaziq). Katanya result control keluar harini. Moga2 semua najjah(lulus) dengan cemerlang InsyaAllah. Walaupun banyak perancangan dah difikirkan semuanya tergendala disebabkan hati yang tak tenang menanti keputusan yang ditunggu-tunggu ni. Mungkin usaha gigih yang dilakukan masih tak cukup untuk memastikan secure dan lulus dalam setiap subjek. Kalau tak for sure dah ada kt Malaysia. (^_^) Papepun harapan yang tinggi menggunung dan tawakkal sebagai kepercayaan diletakkan dalam diri. Mak ayah dah menanti kepulangan. Tahun lepas tidak kesampaian nak beraya di Malaysia. Moga2 tahun ni kemeriahan raya dapat kembali kepada mak ayah. Itu sahaja harapan seorang anak kepada ibu bapanya. Keceriaan hati mak ayah memang difikirkan selalu. Tiada hadiah yang lebih bermakna selain memberi kesenangan kepada mereka dengan apa cara sekalipun. Akhiri post dengan lagu raya.. Bukannya nak mengabaikan tuntutan puasa. Tapi sebagai pengubat rindu bagi saya dan rakan-rakan di perantauan...
One of my favourite hari raya songs...
0 comments:
Post a Comment