Dakwah kini tak berkesan

18 April 2011
Penegur
Sebab pendakwah sendiri banyak melakukan kesilapan. Situasi di dunia sekarang tiada siapapun dari kita yg boleh terlepas dari melakukan kesilapan. Apatah lagi bila silap yg dilakukan diperhati orang dan menjadi bualan ramai. Namun ada kala perkara yang betul dilakukan tapi dilihat sebagai salah bagi sesetengah pemikiran.

yang Ditegur
Kepada orang yg diberi peringatan juga pun mudah sangat memberi pelbagai alasan. Ini dipanggil self-protective. Ada saja alasan untuk menyelamatkan diri. Perkara seperti kesilapan pendakwah itu akan dibuat sebagai alasan juga. Nak mengatakan bahawa " Kau pun buat silap, lepas tu nak tegur orang" Susah untuk kita refleksi diri bila ditegur malah terus menerus memberi alasan. Tidak kiralah munasabah atau tidak. Yang penting dapat ke tidak apa yg orang dok pesan tu??

Aku tergolong dari kedua-dua kategori di atas. Menegur dan ditegur..Sama-sama cuba berubah utk kebaikan bersama...

0 comments:

Post a Comment