Malang seribu malang

24 January 2011
gambar hiasan

Bermula dengan berlatar belakangkan suasana pekan kecil seperti yg dipaparkan melalui gambar di atas. Pembangunan yg semakin maju hari demi hari dan menempatkan ribuan penduduk yg berbilang kaum dengan majoriti beragama Islam. Kemudahan perbankan, pasaraya besar serta pelbagai lagi kemudahan telah memenuhi pekan ini pada 20 tahun yg lepas lagi. Terselit di celah2 kemajuan ini terdapat sebuah tusyen pengajian bagi pra-sekolah. Ramai kanak-kanak yg masih belum lagi menjejakkan kaki di bangku sekolah mengambil kesempatan utk mempelajari apa yg diperlukan sebagai persediaan.


Ibu : Azam hendak ke tusyen tak? Kat sana Azam bole belajar macam2. Ada banyak kawan2 kt sana.
Azam : nak nak naaak...jawab Azam yg masih lagi kecil, mentah dengan segala yg berlaku di sekitar. 


        Fikirannya hanya ingin berkawan dan gigih utk mempelajari sesuatu yg baru. Mana taknya duduk di rumah keseorangan je..Jadi di sini la masa utk Azam keluar dan bersuka ria dgn kwn2 baru.


        Setelah mendaftarkan diri, Azam cepat mendapat rakan2 barunya di tusyen tersebut. Setiap hari merupakan hari yg baru yg menanti Azam utk belajar perkara yg baru. Azam adalah budak yg baik. Disukai oleh ramai tenaga pengajar di tusyen tu termasuklah cikgu Zali yg mengajar Azam subjek Matematik asas. 


cikgu Zali : Azam sihat hari ni? Bersedia utk belajar yg baru? tnya cikgu Zali kpd Azam di hdpn kelas.
Azam : Ye cikgu. Azam nk belajar semuanya....... jawab Azam dengan cerianya..


        Cikgu Zali antara cikgu yg suka memuji Azam. Guru-guru di situ melihat Azam merupakan seorang yg proaktif serta pandai bergaul mesra walaupun dgn org tua. Kebiasaannya tusyen bermula pagi dan berakhir sebelum waktu pejabat tutup iaitu lebih kurang pukul 4 pm. Pergi ke tusyen Azam bersama ayahnya maka balik dengan ibunya. Azam akan menanti ibunya di hadapan tusyen terbabit bersama-sama rakan yg lain. Selalunya Azam la org yg terakhir kerana terpaksa menunggu ibunya selesai kerja di pejabat dulu sblum bole pulang. 


Ibu : Macam mana kelas anak ibu tadi? harini blaja apa?
Azam : Harini blaja bnyk ibu. Tadi Azam dpt hafal sifir 9 dah. Cikgu Zali bagi bintang.... =)
Itulah gembiranya Azam serta anak-anak kecil yg lain bilamana mendapat kepujian dari cikgu2. 
Pada suatu hari, Azam seperti biasa akan menunggu ketibaan ibunya setelah habis waktu kelas. Tapi pada hari tersebut cikgu Zali meminta Adam utk mengikutnya sebentar sebelum pulang. Azam hanya menurut perintah cikgunya itu. Dibawa Azam ke tingkat atas bangunan tersebut yg kosong terbengkalai masih belum berpenghuni. Pintu tersebut tidak berkunci maka cikgu Zali serta Azam sahaja yg berada di situ.

Azam : Kita di mana ni cikgu?
Cikgu Zali : Sementara tunggu ibu Azam, kita rehat la di sini dulu ye.


        Azam yg tidak tahu menahu tentang niat cikgunya hanya mengikuti apa yg dicakapnya. Mereka duduk di tengah2 pejabat kosong itu dengan berlapikkan kadbod. Malang tidak berbau kepada Azam seorang yg masih kecil itu sebenarnya telah dicabul kehormatan oleh cikgunya itu. Baik hanya di depan tapi rupa-rupanya hatinya amat busuk. Tapi malang lagi bagi Azam kerana merasakan perkara itu hanyalah kebiasaan. Entah apa yg dibuat sehingga Azam hanya menuruti apa yg diinginkan cikgunya itu.  


Kejadian ini berlaku selama beberapa kali sebelum mendapat pengetahuan ibu bapanya.


Azam : Ayah, Ibu. Azam tak nak pegi tusyen kt situ dah. Azam tak nak buat itu dengan cikgu Zali.


Ibu Ayah Azam yg pelik dengan tutur kata anaknya itu terus menyoal lagi hinggalah mendapat tahu perkara sebenar yg selama ini telah berlaku di belakang mereka. Dengan segera mungkin mereka telah melaporkan kejadian itu kepada pejabat polis berdekatan. 


       Setelah itu, Azam sudah tidak lagi menghadiri kelas di tusyen itu .Mengikut polis, pesalah terbabit telah ditangkap dan akan dijatuhkan hukuman. Azam yg merupakan seorang pelajar ceria dulunya sekarang hanya lebih berdiam diri. 


* Untuk pengetahuan pembaca sekalian, cerita di atas adalah merupakan kisah benar yg penulis ketahui sendiri melalui Azam(bukan nama sebenar)
* Cikgu Zali(bukan nama sebenar) di atas juga bukanlah guru matematik tapi sebenarnya guru pengajian Islam dan tusyen itu juga adalah tempat pengajian Qiraat serta asas fardhu ain bagi kanak-kanak kecil.
* Moral daripada cerita ini, ingin penulis kongsikan supaya menjadi pedoman semua bahawa dunia sekarang kejadian yang buruk sebegini boleh berlaku diluar jangkaan kita. Apa yang boleh kita lakukan adalah bersikap lebih peka dan berhati-hati dgn segala perkara yg kita lakukan. Bukanlah utk menanamkan sifat takut tapi ramai di antara kita sekarang lebih merasakan diri berada di dalam keadaan yg senang lenang yg membuatkan kita leka dan hilang sifat pertahanan diri. Jadi diharapkan kisah benar ini membuka minda kalian. Sekian~


Sedikit perkongsian...

A042
Oleh itu, biarkanlah mereka (wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatannya dan leka bermain-main (dalam dunianya), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan)!


A066
(Mereka yang menentang Nabi Muhammad) tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, dan dalam keadaan mereka lalai leka dengan perkara-perkara keduniaan.

Lateral thinking

17 January 2011

Have you ever heard about the lateral thinking??

Lateral thinking is a term coined by Edward de Bono in the book New Think: The Use of Lateral Thinking published in 1967; it refers to solving problems through an indirect and creative approach. Lateral thinking is about reasoning that is not immediately obvious and about ideas that may not be obtainable by using only traditional step-by-step logic(yep this i got from wiki)


Now lets try something interesting about what lateral thinking is about......


This puzzle is called Lateral Thinking.
Scroll down real slowly and be honest to yourself.
  
Think like a wizard . .. .




    man
Q1.    ---------
    board
 






Ans. = man overboard 



Okay, let's see if you've got the hang of it.




  stand
Q2.    ------------
i
 












Ans. = I understand
 




OK .. .


Got the drift ?




Let's try a few now and see

how you fare ?





Q3.    /r/e/a/d/i/n/g/
 











Ans. = reading between the lines
 





Q4.      r
        road
         a  
   
     d
 









Ans. = cross road -->
 




Not having a good day now, are you ?


Redeem yourself.
 




Q5.  cycle
      cycle
    cycle
 









Ans. = tricycle
 



Not easy to figure out ha! 






   0
Q6.      ---------
    M.D.
    Ph.D.
 











Ans.. = two degrees below zero
 






C'mon give it a little thought! !
 




      knee
Q7.      ------------
    light
 











Ans.. = neon light
 

( knee - on - light )






U can prove u r smart by getting this one.






                      ground
Q8.                      ---------------
                 feet feet feet feet feet feet
 













Ans.. = six feet underground
 




-->


Oh no, not again ! !
 






Q9.    he's X  himself
 











Ans. = he's by himself
 





Now u messing up big time.
 




Q10.      ecnalg
 










Ans. = backward glance
 




Not even close! ! 





Q11.      death ..... life
 











Ans. = life after death
 





Okay last chance ..................



Q12.     THINK
 










Ans. = think big ! !
 





And the last one is real fundoo - - -
  

Q13.    
ababaaabbbbaaaabbbbababaabbaaabbbb... 











Ans. =  long time no 'C' -->
  

Visa keropok lekor

14 January 2011
tahan la kot smpi bln 10 ni je...
Bila Visa dah setel maka bermulalah pengembaraan tanpa sempadan di bumi org ni. Cakap nk lebat je.... mcm la aku selalu jalan2 kt Mesir ni. Apatah lagi holiday ke Europe ke Turki ke ntah mana2 ke.... Yang pastinya bila dh ada Visa maka lega skit hati ni. Mana taknyer urusan kt jawazat utk buat visa la paling complicated sekali. Nasib baik sekarang dh makin senang. Imbas kembali tahun satu dulu rilek je kna halau dgn ammu(pakcik) keje situ. Inilah antara dugaan merantau di negara orang..

invalid sudaa..
Passport lama menguburkan kenangan trip bersama parents ke Hongkong wa Shenzen. Sempat juga bercuti kejap ke luar negara lepas habis SPM dulu. 1st time aku dapat melancong ke luar drp Malaysia. Sabah Sarawak or Indon pun tak penah sampai lagi. Tapi silapnya dulu patut pegi dulu umrah ataupun haji =( Belum sampai rezeki agaknya. InsyaAllah doa-doakan moga dpt pergi nnti tak lama lagi.

Teladan bila pergi holiday trip dgn ejen- Pilihlah ejen yg lebih menitikberat mengenai solat serta makanan kita di negara luar walaupun melancong ke negara Islam. Sebab dorg ada yg include sekali mkanan kdg dikatanya makanan halal tapi..wallahualam...Ataupun pilih utk berjalan sendiri. Bagi yg kerap melancong mngkin best la sbb dia dh ada pengalaman. Tapi bagi yg baru2 menjinakkan diri bersedialah dgn duit yg bnyak. Setiap kali melancong kena ada shopping and camera. Kalau tidak baik xyah melancong!! haha...


kopok lekor rangup
Saja letak gmbr ni sbb baru ni ada merasa keropok lekor buatan sendiri. Sini takde tempat yg jual keropok lekor. Jadi ini keropok lekor buatan sendiri tapi bkn aku yg buat. Kalau nk tau nnti aku tnyakan resepi dari chef tersebut. =)

p/s - kpd yg tercari-cari mana visa keropok lekor tu minta maaf ye.. peace!!! 

Mudahnya Perubatan Islam

06 January 2011
Perkongsian melalui Kelas Pengajian Tafsir Al-Quran bersama Datuk Dr Fatma Az-Zahra 



1.
AL-FATIHAH
Baca 14 kali sebelum tidur: 
Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu.
2.
AL-FATIHAH
Baca 41 kali tiup dalam  air dan  minum serta buat air  mandian: 
Melepaskan rasa sakit dalaman
3.
AL-FATIHAH
Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur. 
Kepada orang berpenyakit mental
4.
AL-FATIHAH
Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit. 
Sakit yang keterlaluan.
5.
AL-FATIHAH
Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala. 
Bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa
6
AL-FATIHAH
Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut)  kemudian sapu kepada tempat yang sakit. 
Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu,
SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK  KEPADA SEMUA.


 
1.
YA-RAHMAN, YA-RAHIM, YA ALLAH
Buatlah sebanyak 3 kali Jumaat berturut-turut: 
Baca berulang-ulang kali sepanjang kita duduk lepas sembahyang Asarsehinggalah masuknya waktu Maghrib.  
 
Masuk sahaja waktu Maghrib, sebutlah Allahuakhbar, dan teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa dengan apa yang dihajati.
 
(Percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebaginya).
2.
AWET MUDA(dalaman dan luaran)
Zikir Baca
Ya Badiyah -1 kali
 
Ya Nur - 1 kali
 
Ya Hadi - 1 kali
 
Ya Allah - 3 kali
 
Baca dan tiup di tapak tangan dan sapu ke raut muka kita pada setiap hari.


Ayat Al-Waqiah (ayat 35,36,37,38) 
Baca setiap hari selepas sembahyang Subuh tiup dalam air dan minum.- Rawatan untuk awet muda luar dan dalaman
3.
KAYA DENGAN KETENANGAN JIWA
Baca ayat Al-Waqiah setiap hari sebelum tidur.
4.
MENGELAKKAN SAKIT KEPALA
Bawa ayat Al-Waqiah Ayat 19 moga-moga boleh menghilangkan/ meredakan.

The untold story about Me

04 January 2011
Sebelum kepada cite Teladan Kampung Part II aku nak korang tau serba sedikit tentang pemikiran dan penulisan aku ni. Kenapa dan mengapa aku lebih suka menulis dari bercakap?

Takut dlm erti kata gugup tu memang ada sejak dari dulu lagi. That is my largest weakness. Another thing is bila membincangkan perkara yg serius, kita mengharapkan keselarasan pemikiran diantara penulis dan pembaca. Contoh nak cite pasal gadis bekerja di UK. Penulis kena bawak suasana pembaca pada mulanya perspektif UK itu sendiri. Jadi di sini kita dapat lihat sebenarnya susah utk seseorang itu utk menyampaikan sesuatu. Tak semua yg ada kelebihan ini utk bercakap. Certain people do have, certain people can try but i bad at it. Kalau aku cuba pon nnti berterabur isi, cakap konfius last kali semua org x paham. Ok this is one part.

Next is regarding my story below ni. Kenapa tak spesifik je trus sbb sudah terang lagi bersuluh apa n sape yg aku mksdkan di bawah tu. First thing korang kena tau yg utk jadi reporter kpd cerita yg sahih ni korg kna siasat, selidiki, temuramah, buat research dan semuanya la. Dari A to Z. Sedangkan reporter profesional nk smpaikan berita pun boleh ada terpesong ceritanya apatah lagi aku yg x buat pun step2 tu. Jadi its just my own creation. Aku cuba sentuh permukaan je dlm setiap cite yg aku bwk. Mudah utk semua org paham dan mudah utk aku x sentuh isu2 sensitif yg diluar dari pengetahuan aku sendiri. Aku nak kita sama2 berfikir lebih dari menghukum melalui certain kejadian.

Well at last im not a perfect human even to say not a perfect in my amalan sebagai sorg Muslim jugak. That is why i accept any comments. Biarlah cili mcm mana komen itu pon aku xkan amik hati. Aku xkan putus sahabat. Aku xkan bermasam muka. Sebab kita masing2 ada pemikiran ada cite masing2. Mungkin ko tau lebih dari aku jadi aku tak kisah klau spe2 nk share utk segarkan minda aku dgn perkara2 baru. Aku ckp serius ni. Nak maki hamun aku direct ke indirect, im OK. Memang aku nampak serius wa skema kt luar ke pape korg rsa. Tapi im telling this coz this is me. Dan apa aku nak buat skrg ni sbb aku sakit telinga bila perkara mcm ni jadi satu isu besar yg seolah takde sape boleh jernihkan balik air yg dh keruh. Malah menuang lagi toksid ke dalam air tersebut. Bukan gak aku nk jadi hero ke pape. Tapi bila jadi mcm ni kt setempat komuniti mcm ni rasa hidup tak senang.

So ini je kot the untold story utk masa ni.

Teladan sebuah kampung, 3 badan kebajikan

all for one and one for all
Di sebuah kampung nun jauh di sana. Ada seorang ketua kampung yg bijak telah lama menjaga keamanan kampung tersebut. Terdapat juga 3 buah badan kebajikan utama yg bergiat aktif dalam kampung yg indah permai itu.


1- Badan Kebajikan Kampung (BKK)
Ditubuhkan sejak awal kampung dibina dan ahli merangkumi semua penduduk kampung. Menjaga hal ehwal ahli merangkumi segala aspek penting kehidupan. 

2- Badan Kebajikan Nelayan (BKN)
Ditubuhkan kepada para nelayan yg bekerja di dalam kampung terbabit. Urusan kebajikan lebih tertumpu kpd maslahat mengenai nelayan dan pekerjaan ahli. Bilangan ahli pada mulanya sedikit tapi makin bertambah setelah kedatangan anak2 nelayan dari kampung sebelah. Maka organisasi merangkumi portfolio lebih bnyk ditubuhkan bagi menampung jumlah ahli yg ramai terbabit.

3- Badan Kebajikan Anak2 Nelayan (BKAN)
Ditubuhkan atas dasar kebajikan anak2 nelayan yg merantau dari kampung lain. Segala yuran pengurusan telah dibayar dan diamanahkan oleh ibu bapa untuk menjaga kebajikan anak2 mereka di tempat org. 


Begitulah susunan hierarki bagi ketiga-tiga badan kebajikan itu dimana yg paling meluas ahli adalah Badan Kebajikan Kampung(BKK) dan semakin mengecil hingga ke Badan Kebajikan Anak2 Nelayan(BKAN).
Masing2 ada tujuan utama penubuhan iaitu tidak lain tidak bukan bertujuan untuk menjaga kebajikan ahli serta yg sewaktu dengannya.

Secara logiknya kalau BKK buat program makin ramai ahli yg akan hadir sbb ahlinya meluas hingga sekampung berbanding BKAN. Tapi tak salah juga kalau BKAN buat program tapi menjemput semua ahli kampung bergantung pada bajet2 tertentu. Tapi BKAN pasti mempunyai had dari segi kewangan untuk support semua(kalau anggap smua yuran pukul sama rata la).

Sepakat membawa berkat
         Pada mulanya mereka bersama, didapati berlaku pertindihan gerak kerja diantara BKN-BKAN, jga BKK-BKN serta BKK-BKAN. Maka ketua kampung telah memutuskan adalah sebaiknya mereka sama-sama sepakat membawa berkat berbincang mengenai portfolio masing-masing. Apa kuasa ini dan kuasa itu yg perlu dibahagikan setiap badan utk dipertanggungjwabkan. Memorandum persefahaman telah diusahakan agar tidak mengusutkan ahli semuanya...Setelah itu ahli kpd badan masing2 dah tahu mcm mana dan kepada sapa utk dirujuk bila mana kebajikan diperlukan. 

          Setelah beberapa bulan bersama, tetap ada jugak pertindihan gerak kerja walaupun setelah berbincang jugak. Maka ketua kampung muncul kembali menyelesaikan masalah ini dengan menerapkan sikap bertolak ansur antara ketiga-tiga badan. alaaa...mcm dlm rumahtangga pun sama jugak. Selepas itu ketua kampung serta ketua setiap badan sama2 menerangkan kembali kpd penduduk kampung tentang masalah yg timbul dan bakal timbul supaya kesemuanya jelas tentang apa yg berlaku.

          Ketua kampung itu dengan cerdiknya menggalakkan kerjasama yg baik diamalkan kepada ketiga-tiga badan kebajikan itu. Yang senior(org lama) pantau yang junior katanya. Setiap dari mereka harus menghormati kepentingan masing2 dan cuba berlaku profesional dalam tindak tanduk masing2 tambahnya lagi. Sama2 menegur sekiranya ada kesalahan. Sama2 menerima teguran dengan baik. Setiap badan itu pun ada kelebihan masing2 maka disinilah kita aplikasi pulak ke arah pembentukan sesuatu program yg lebih berkesan ulasnya.

           Bulan demi bulan genaplah setahun mereka bersama.  Timbul pula masalah berkenaan ideologi dan pemikiran oleh ketiga-tiga badan berikut. Sedikit perselisihan faham berlaku hingga muncul fitnah yg menular di kalangan org kampung. Afdalnya.... bawa bincang kenapa dan bagaimana utk selaraskan pemikiran itu kata ketua kampung. Dan sekiranya takle sama gak, maka perlulah bertolak ansur lagi janji asas utama(al-quran dan sunnah) setiap badan mesti pegang. Dalam hal ini mungkin wujud perbezaan dari segi aplikasi kpd asas utama terbabit.. mungkin yg satu agak tegas dan satu agak longgar. Jadi kalau ada yg salah..maka tegurlah......dan tegurlah dan tegurlah serta kamu terimalah teguran dan terimalah sebaik-baiknya....wujudkan lebih persefahaman...

          Berlalu sudah beberapa tahun bersama, datang pula isu membabitkan sekutu(allies) kpd setiap badan masing2. Hero iaitu ketua kampung kembali meleraikan kekusutan ini... Maka disini setiap badan haruslah clear dgn keadaan ini dan menerima seadanya sekutu masing2 melainkan ada yg berkawan dgn musuh Islam itu sendiri.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

           Berat pulak kepala tulis cerita ni. Maka dengan ini aku isytiharkan  bahawa cerita ini hanyalah rekaan di minda penulis berdasarkan pemikiran sendiri semata-mata. Kemungkinan cerita ini seakan serupa di lokaliti Mesir terutama Zagazig tapi ini tiada kaitan antara hidup dan mati(nak kata yg ini aku reka jela..so crita rekaan utk buat pedoman bersama)


Kategori : AKIDAH Akhlak  
Tajuk :
Berbuat Baik Dan Bersabar Di Atas Perilaku Manusia
Hadith :
Seorang lelaki bertanya:“ Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar mengahadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.” Kemudian baginda menjawab,” Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu”.
Riwayat Muslim

Huraian
1.Islam mengajar umatnya supaya banyak bersabar di dalam semua keadaan sama ada ketika senang atau pun susah kerana ia merupakan pengukur darjat keimanan seseorang.
2.Islam mengajar umatnya supaya jangan membalas keburukan orang sebaliknya menambahkan lagi kebaikan terhadap mereka mudah-mudahan dengan itu hati mereka menjadi lembut dan baik.
3.Allah sentiasa memberi pertolongan kepada orang yang sentiasa sabar dan benar dalam bertindak.
4.Setiap umat Islam wajib menghubungkan silaturrahim dan haram memutuskannya.
 ~Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia~




.ps. maaf kepala sudah berat nk meneliti cerita ni balik. jadi ending xbape BES...