Persepsi manusia sekarang

26 December 2010
"see ourselves from our own reflection"

Si A ni seorang yg alim, menjaga solat dan pergaulan dan si B ni seorang yg jahat, kuat minum arak dan berjudi. Sekiranya si A dijumpa bercakap dan berjenaka dengan si B. Ada kata-kata yg akan menganggap si A bukanlah seorang yg alim sebenarnya. Namun bukan semua yg akan bersangka buruk begitu. Namun mulut-mulut yg bakal membawa berita ini dilihat lebih mudah disebarkan. Maka akhirnya semua tanggapan buruk akan berlaku. Inilah kehebatan fitnah yg dilemparkan oleh org zaman sekarang yg kita patut perhatikan dan sentiasa muhasabah diri balik.

Disebabkan berlaku perkara beginilah yg melahirkan jurang besar dalam konteks dakwah melalui ukhuwah persahabatan yg lebih memainkan peranan penting dalam didikan bersama yg diamalkan oleh sahabat-sahabat Nabi pada suatu ketika dulu. 

Budaya cepat melabel atau melontarkan tuduhan palsu juga menjadi racun kepada suasana kehidupan sekarang. Setiap daripada kita mempunyai pemikiran masing-masing dan tidak salah untuk berkata perkara yg dianggap benar. Tapi cukupkah kita menilai sesuatu kejadian atau perkara yg berlaku sebelum melafazkan dusta kepada rakan-rakan yg bakal menimbulkan syak wasangka dan sangkaan buruk yg tiada kesudahan. Apa yang perlu dibuat sekiranya kita berada dalam kedudukan begini. 

Sekadar perkongsian dan usul yg mentah- Cuba selami secara lebih dekat tentang suatu masalah itu secara mendalam. Masalah yg tenat mungkin memerlukan masa yg terhad dan tekanan kepada org yg mengalaminya. Tapi janganlah kita terlalu emosional dalam menilai sesuatu serta ketika memberi pandangan. Sesungguhnya emosional adalah kelemahan besar bagi setiap manusia dimana keputusan yg terhasil tidaklah sebaik yg diharapkan. Percayalah..

 Kawalan emosional adalah perlu tidak kira sesiapa saja dalam apapun situasi. Lihatlah kepada kisah Nabi Muhammad SAW ketika beliau ingin menyampaikan dakwah di perkampungan Taif. Baginda dilontar batu dan dicerca namun baginda lebih besikap memaafkan dan menunggu masa yg sesuai. Mungkin sesetengah daripada kita memikirkan ini adalah mustahil di zaman sekarang dimana kekerasan lebih diperlukan. Cuba kita lihat balik kedegilan umat di zaman lampau dengan sekarang. Ada yg akan mengatakan sekarang lebih teruk tetapi sebenarnya zaman kini dakwah adalah lebih mudah untuk disampaikan kerana setiap dari kita sudah tahu dan mempunyai asas-asas agama berbanding zaman jahiliah dimana Nabi perlu menyampaikan dakwah kepada org yg betul-betul tiada pengetahuan dalam Islam kepada setiap orang.

"go deeply to investigate about certain issues"

Mungkin ada segelintir insan yg mengambil peluang ini untuk memanipulasikan apa yg dipelajari untuk kepentingan sendiri. Jadi sekiranya ini musykilah yg dihadapi sekarang sepatutnya kita bersedia secara menyeluruh untuk menyelesaikan perkara ini sebelum menjadi sesuatu yg tak dapat dibendung. Bukannya kita lebih kepada memaki hamun serta mengeluarkan kata-kata kotor yg tidak bermanfaat dan hanya meningkatkan kemarahan kepada diri sendiri serta rakan-rakan yg mendengar. Sesuatu masalah yang terjadi atau bakal terjadi bukan sesuatu yg kita dpt hentikan sekaligus. Perincian kepada penyelesaian itu haruslah dilakukan dengan penuh kesabaran serta penuh muhibah. 

Kekerasan sememangnya dilihat perkara yg susah untuk diterima ramai di akhir kini. Inilah propaganda Barat yg telah melahirkan ketamadunan dunia sekarang. Jadi setiap sudut diambil peluang oleh Barat untuk menampakkan Islam menuju ke arah kekerasan. Adakah kita berdiam diri untuk melihat perkara ini berleluasa? Dengan harapan lahirlah cendekiawan Islam yg bole merubah persepsi dunia terhadap Islam. Kita telah disuntik dengan sehalus-halus kerosakan akhlak. Maka sepatutnya kita perlu membalas dengan sehalus-halus dakwah kembali bukan sekadar mempertahankan maruah dan lontaran hinaan yg hanya mewujudkan api dendam.

Kekerasan dan ketegasan haruslah diselitkan dengan muslihat penuh kebijaksanaan. Tidaklah bermaksudkan muslihat sebagai suatu yg buruk. Tetapi mengarah kepada strategi yg bijak dan bukan sekadar merosakkan lagi tarbiyyah sejak dari mula lagi. 

Setiap dari kita tidak menginginkan sesuatu yg buruk berlaku. Inilah ketabahan yg patut kita serapkan melalui sejarah silam Islam supaya kita dapat membina kembali syiar Islam yg telah lama jatuh dan menunggu masa utk bangkit. Kita lah generasi yg bakal merubah apa yg diperlukan. Semoga berjaya~

1 comments:

  1. i like ur post..good..keep writing

Post a Comment