Pages
~Listen more,talk less~ the reason we have two ears and only one mouth.
12 Tips Keselamatan Diri
Posted by
AjMaL
at
Friday, November 12, 2010
12 November 2010
Tidak ada yang lebih penting di dunia ini selain daripada mengambil berat tentang keselamatan diri. Kemungkinan ada yang mengatakan kerjaya, pendidikan serta cita-cita sebagai penggerak hidup ini. Tapi jikalau kita terlalu vulnerable mengenai isu keselamatan, kita tak akan pergi jauh. Sama ada melibatkan nyawa diri ataupun harta benda. Kedua-duanya akan meninggal kesan yang mendalam setelah perkara tersebut berlaku. Trauma kepada sesuatu kejadian tidak bole diambil ringan kerana itulah masalah psikologi yang mempengaruhi hidup kita di akan datang sekiranya berlaku.
Sebenarnya mudah saja untuk menangani sebarang masalah termasuklah isu keselamatan. 'Persediaan' adalah kunci kepada masalah ini. Kita perlu tahu bahawa penjahat sememangnya akan bersedia untuk melakukan sebarang jenayah seperti mencuri, meragut, merogol, dan juga membunuh. Dan tidak semestinya penjahat dalam isu ini kerana bencana alam atau perkara yang tak diingini juga boleh menjadi aspek yang mengancam nyawa seperti gempa bumi, kebakaran, banjir dan sebagainya. Tetapi sedihnya persediaan yang mudah ini kebiasaannya diambil ringan oleh setiap individu disebabkan tiada ancaman di kawasan setempat ataupun berasa keadaan sudah cukup selesa (comfort zone).
Bila bencana berlaku mulalah kita nak menggelabah. Jadi lebih baik kita bersedia sekarang. Walau macam mana pun bila sesuatu yang mengancam keselamatan menimpa diri, badan akan automatik menjadi gemuruh dan takut. Jadi disinilah kelebihan sekiranya kita sudah meletakkan persediaan sebagai pelindung atau sebagai ikhtiar kepada apa yang bakal berlaku. Tak perlulah hidup dalam keadaan serba takut dan yakin pada Doa dan Bacaan-bacaan ayat pelindung yang diamalkan selalu itu.
1. Beritahu orang tahu dimana kita berada - Apabila anda tinggal sendirian mahupun ingin keluar pada waktu malam, adalah lebih baik untuk inform pada rakan-rakan terdekat ataupun jiran. Sekiranya anda tidak pulang pada keesokannya maka seseorang akan tahu dimana perlu mencari anda.
2. Kunci pintu dan tingkap - Ini memang kebiasaan yang kita lakukan tapi ingatlah bagi mereka yang kerap cuai. Kecuaian bukan satu persediaan yang patut berlaku kerana inilah kekuatan bagi penjenayah. Kejadian seperti meninggalkan anak kunci di luar pintu. Tak ke nama menjemput tetamu yang tak diundang tu...
3. Sediakan plan untuk melarikan diri - Tahu tak kita macam mana untuk melarikan diri sekiranya berlaku gempa bumi atau kebakaran di dalam rumah sendiri atau di tempat belajar mahupun kerja? Jadi planning untuk mencari jalan utamam serta alternatif perlu difikirkan sekarang. Jadi takdela nanti kelam kabut nak cari exit bila ada emergency.
4. Belajar seni pertahanan diri - Sepatutnya perkara yang basic kita semua perlu ada. Seni pertahanan diri ni ada pelbagai. Semuanya ada kelebihan masing-masing tapi dicadangkan kepada lelaki untuk mempelajari Muay Thai (Tomoi) dan Aikido untuk perempuan. Di dalam kekalutan selalunya kita yg menjadi mangsa dan kedua-dua seni di atas lebih kepada pertahanan diri. Tidak perlulah masa bertahun untuk master dalam martial arts ni tapi cukup sekadar tahu beberapa step & moves yg sepatutnya. Target pada kelemahan penjenayah seperti mata, hidung, tekak, groin dll. Satu pukulan yg kuat pada spot tersebut cukup untuk kita mencuri masa dan melarikan diri.
5. Bawa pepper spray - Kecil, mudah dan berkesan. Tapi perlulah tahu penjenayah mungkin menyedari akan penggunaan spray ini. Jadi tunggu peluang yg baik sebelum laksakan hukuman dan terus lari. Kebanyakan negara membenarkan penggunaan pepper spray sebagi keselamatan.
6. Berjaga-jaga pada keadaan gelap - Di sinilah kelebihan dan kekuatan bagi setiap penjenayah. Jadi cubalah sebaik mungkin untuk mengelakkan berjalan dalam gelap. Setiap peluang akan dicuba oleh penjenayah dalam keadaan gelap.
7. Jangan percaya pada orang asing - Peramah itu adalah amalan yg baik tapi bergantung pada keadaan semasa. Jadi lebihkan kepada sangsi bila berjumpa dengan orang asing yang kita bertemu diluar. Kadang-kadang penjenayah akan menyamar sebagai pegawai polis atau bomba untuk mengaburi mangsa.
8. Percayakan naluri - Dalam masa-masa tertentu kita akan berasa tak senang atau mungkin ada kerisauan ketika berada dalam sesuatu keadaan. Bila keadaan begini, sentiasalah berjaga-jaga dan elakkan kecuaian sebaik boleh.
9. Jangan menunjukkan kekayaan - Di tempat-tempat asing yang kita hadirkan diri, selalunya di sinilah tempat yang patut kita lebih berhati-hati kerana kita mungkin tidak menyedari diperhati oleh mana-mana perompak atau pencuri. Jadi pastikan barang-barang berharga tersembunyi di tempat yang selamat dan selalu dalam perhatian.
10. Mintak pertolongan bila kecemasan - Jangan segan silu kalau kita di dalam keadaan yg cemas. Seperti perempuan yang menjadi mangsa kepada perogol @ pervert. Berdiam diri tidak akan mengubah apa-apa tetapi hanya memberi impak psikologi kepada mangsa. Sekiranya nyawa diancam, carilah peluang yg baik supaya dapat menjerit meminta pertolongan.
11. Elak dari tempat yang terbiar - Berjaga-jaga di tempat asing apatah lagi seperti tiada orang. Sentiasa perhatikan handset untuk pastikan coverage ada in case dalam kecemasan.
12. Lawan ke lari? - Dalam situasi yg cemas, selalunya kita akan berada dalam keadaan shock. Kemungkinan kita akan tergamam dengan keadaan tersebut dan tidak mampu berfikir. Adalah penting untuk kita berada dalam keadaan yg sedar supaya dapat mengelak daripada sebarang perkara yg tak diingini. Pilih sama ada perlu berlawan atau lari, dan sekiranya perlu berlawan gunakanlah sebarang peluang untuk menyelamatkan diri.
Labels:
keselamatan
,
tips
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.saya.
.yang.diminati.
-
Konsep Penentuan Awal Bulan Islam Dan Hari Kebesaran Islam Di Malaysia Oleh : Bahagian Falak Syar'ie, Jabatan Mufti Negeri Selangor 1....
-
Sebelum kepada cite Teladan Kampung Part II aku nak korang tau serba sedikit tentang pemikiran dan penulisan aku ni. Kenapa dan mengapa aku ...
.yang.setia.
.cit.cat.
.yang.menulis.
-
-
-
Laman Page Dan FB Saya10 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Ramadhan 20163 years ago
-
-
spring break .11 years ago
-
-
Please,Thank You, Sorry & Ego12 years ago
-
-
harga sebuah basikal hijau13 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Sundown (2016)8 years ago
-
Pena yang berkarat9 years ago
-
-
-
Tika berakhirnya waktu12 years ago
-
Hubungan halal haram sebelum kahwin?12 years ago
-
-
-
-
-
Copyright by ajmal360. Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment