Berita Mesir- Edisi Pasca Darurat

28 February 2011

Dengan ini saya melantik diri sebagai wartawan sambilan tak bertauliah utk berkongsi sedikit sebanyak berita mengenai keadaan di Mesir dari semasa ke semasa. Sedikit peringatan, setiap yang diceritakan boleh membawa kepada dua konklusi. Sama ada selamat atau tidak utk menjejak kaki ke bumi Mesir ini. Dengan sedikit hiperbola yg bole diselitkan dalam setiap penulisan maka terjadilah cerita2 sensasi. Inilah kuasa media massa. HAHAHA...

OK. Ramai kata Mesir masih tak selamat. Jadi teringin nak sampaikan sedikit berita mengenai ketidak selamatan Mesir ini...

Bermula dgn ketibaan kami di Mesir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah di Terminal Satu. Tibanya kami lebih kurang pada pukul 3pm-4pm 26 Feb 2011. Dah baru keluar dari kapal terbang merasalah angin yg sejuk. Dengan berbaju selapis saja ni boleh mengancam kesihatan. Jadi dinasihatkan pakailah sekurang-kurangnya 2 lapis baju utk mengelakkan udara sejuk Mesir yg bole memberi kesan buruk kepada kesihatan anda. Dah tu sampailah waktu dimana kita kna beratur utk pelepasan Visa masuk ke Mesir. Di sini saja kami dah kena berebut-rebut dgn arab Mesir. Entah daripada mana la dorang ni baru sampai ke Mesir. Mmg ramai la org time tu. Pastu lak ada sesetengah pelajar tak mendapat pelepasan secara direct visa dia termasuk saya. Kena melalui endorsement beberapa pegawai utk lepas. Cuak la jugak time tu kot2 dia kata budak Mesia xle masuk ke. Tapi setelah menunggu, akhirnya dia bagi lepas la jugak. Setelah tu, waktu dimana kita menunggu bagasi lak. Dah kalau time visa kena berebut sampai kt situ pun kena la berebut jugak. Jadi nak ceritanya, waktu2 gini laa kita dalam keadaan tak selamat. Boleh jadi mangsa kecurian, mangsa pencabulan dan berbagai-bagai lagi yg boleh berlaku bila dlm kesesakan. On the way nak keluar pon ramai org sesak2 siap ada press lagi. Entah apela dorang dok tunggu. Ramai la mengadu bengang dgn arab hanya utk kluar dari airport. Itulah satu kisah bila kami tiba di kaherah.

Setibanya di Zagazig pada mlm itu jugak, memikirkan bahawa kwsn Salam hanya kami pelajar melayu yg berada di situ terasa la seram sejuk gak. Yang mana takut hantu pon kluar la time tu. Adela dlm 7 org kami dak2 laki ja waktu tu. Tngok ada bdk2 ni lepak kt dpan Imarah Mama Sarah(hmm..yeke?) Siap bwk kayu hoki lagi. Lupa nk cite...Kereta kebal dari pelbagai saiz masih lagi merata-rata di tepi jalan tu. Kelihatan tiada polis lagi yg menjaga pos2 keselamatan. Setibanya di Zagazig saya bermalam di rumah sedaranya dulu. Bangun pagi keesokannya kelihatan merah2 di lengan serta leher. Bkn Love Bite lak. Ini pepijat bite...Gatal2 sedikit dan sekarang ni makin melarat nmpk gayanya. Bahaya gak tu. Sedikit perkongsian, pastikan gigitan pepijat@bedbug ini tidak berlanjutan utk mengelakkan kesan yg lebih teruk. Setelah bangun solat duduk kejap terus sy pulang ke rumah. Tak sedar lak kluar rumah sebelum pukul 6am waktu tu. Katanya curfew 12.00am-6a.m. Cuak gak rasa kot ada pape jadi ke nnti xde sape mau tolong dh. Dok tunggu tu target nak naik teksi dah. Dah naik teksi tu dapat gak la sampai ke rumah  dgn selamat. Dok jalan2 habis semua arab pandang2. Macam kita ni pesalah ja. Cepat2 masuk rumah dok diam2. Rumah tiada apa2 kesan melainkan rumah kwn tu katanya baba ada buat renovation skit kt toilet. Itulah kesan2 pecah masuk secara halal oleh tuan rumah.

Ok berikut merupakan berita yg ada la sedikit info2 kurang senang. Mudah cerita di sini adela beberapa isu yg perlu diketahui oleh para penuntut yg bakal balik ke Mesir secara sahihnya. Sbb yg atas tu kononnya nk testing camne press ni buat citer. Takla sensasi mana takot org pecaya lak nnti kn susah. Ok~~

Sejuk
 mmg kita pn sama2 tau kalau dh sejuk tu pakai la bnyk lapis. pakai selapis mmg la sejuk...

Visa 
disini susah nk bagi kepastian jelas kenapa ada setengah pelajar kena dpt kelulusan bnyk pegawai imigresen Mesir. Tapi alhamdulillah saya lepas je haritu. Cuma dia nk confirmkan visa student sy kot. mungkin...

Sesak2 dgn Arab
dah jadi kebiasaan dh kot kpd pelajar2 senior kt Mesir ni. jadi tau2 la kot apa perlu dibuat. brg2 berharga kt poket kna jaga. bgi yg akhawat tu jagalah pape yg ptut.

Curfew dan roadblock
katanya curfew mula 12.00am-6am. tak dapat nak bagi kepastian mengenai roadblock ni sebetulnya sebab tido waktu on the way balik zagazig. RASAnya tak ada...tapi kereta kebal tu ada jela kt tepi2 tu. dan mengenai pos2 pengawal tu sebenarnya diganti oleh askar. dah nama kerajaan junta skrg. Askar la yg mengawal. ke tak?

Sunyi
 Memang la sunyi kalau difikirkan masih tak ada member2 Malaysia kt Zagazig ni mcm sepatutnya.

Rukun tetangga
tak ada dh. yg laki pegang kayu hoki tdi tu bru lpas main hoki kt skola kot...
takde dah atur2 batu bata kt jalan tu

Pijat
yang ni patut diberi perhatian lebih bagi yg sensitif. 
bawak la insect repellant or spray aerosol dlu kt katil before nak landing. 

Tambang teksi
 buat masa ni baru 2 kali naik teksi. sekali tu dpt le2.5
yg kali ke2 tu dpt le3 maybe sbb bwk brg kot and minta dia masuk sampai depan pintu rumah

Arab pandang2
pun jadi kebiasaan la kot dh nama org asing bgi dorang. tu dorang suka usya tu. 
nsib xde kna 'hungga bungga' lak

Bank
 bukak je kalau yg draw duit kt Barclays tu. bank kt Muhafazah xtau..

tengok la kalau ada apa2 lagi info penting untuk diberitahu kpd kalian. kalau ada nk bertanya pun bole je.. silakan~